Amalan Manjakani (Untuk Bacaan Wanita Sahaja)

Amalan tradisional menggunakan buah manjakani telah diamalkan sejak dahulu oleh nenek moyang kita. Manjakani elok diamalkan oleh setiap wanita terutamanya yang telah berkahwin. Terdapat pelbagai kegunaan buah manjakani.

Amalan Manjakani (Untuk Bacaan Wanita Sahaja)
Amalan Manjakani (Untuk Bacaan Wanita Sahaja)


Beberapa kegunaan buah manjakani adalah seperti berikut:

Manjakani sebagai Pencuci Bahagian Intim

Rebus 3 biji buah manjakani dan beberapa helai daun sirih dengan 2 cawan air sehingga mendidih (air bertukar menjadi warna coklat pekat). Cuci bahagian intim menggunakan air rebusan ini. Ia elok untuk merawat masalah keputihan dan mengetatkan. Amalkan pada setiap hari untuk keberkesanannya.


Manjakani sebagai Minuman Tenaga

Rebus manjakani, serai, cengkih, halia, buah pelaga, kulit kayu manis dan gula batu bersama 2 gelas air hingga tinggal 1 gelas. Minum ketika ianya masih suam. Minuman ini elok untuk memberi tenaga ketika badan lesu. 


Manjakani untuk Merawat Kulit Wajah dan Bahagian Intim

Jemur buah manjakani sehingga kering. Kisar sehingga halus dan simpan dalam bekas kedap udara. Boleh gunakan serbuk ini sebagai masker di wajah. Serbuk ini juga boleh dijadikan masker pada bahagian intim anda.


Manjakani untuk Menaikkan Seri Wajah dan Awet Muda

Rebus manjakani, halia, kunyit, asam jawa dan gula merah bersama 2 cawan air. Masak sehingga tinggal 1 cawan. Tapis dan minum air rebusan ini. 


Manjakani untuk Merawat Dalaman Badan dan Melangsingkan Badan

Masukkan sebiji buah manjakani ke dalam nasi yang sedang mendidih. Ambil buah manjakani setelah nasi kering. Potong kecil-kecil ketika ia masih lembut dan makan bersama nasi panas. 


Oleh itu, amalan tradisional menggunakan buah manjakani ini elok diamalkan oleh setiap wanita untuk kegunaan luaran dan dalaman badan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...