Ikan keli merupakan ikan air tawar yang digemari oleh ramai orang. Ianya memang enak dimasak pelbagai masakan Melayu seperti ikan keli goreng berlada, ikan keli masak lemak cili padi dan pelbagai lagi masakan lain. Namun antara perkara yang membuatkan suri rumah risau adalah cara yang terbaik untuk
menghilangkan hanyir ikan keli.
|
Sumber foto - selerarasa.com |
Kali ini dikongsikan tips bagaimana untuk
menghilangkan hanyir ikan keli. Cara-caranya adalah sepert berikut:
Cara
menghilangkan hanyir ikan keli:
Basuh dengan air suam
Mula-mula, basuh ikan keli yag telah diuang isi perutnya dengan air suam.
Basuh dengan air kapur
Kemudian basuh pula ianya dengan air kapur.
Basuh dengan asam jawa
Seterusnya basuh dengan air asam jawa.
Basuh dengan limau nipis dan garam
Kemudian basuh dengan limau nipis dan sedikit garam.
Buang darah beku
Akhir sekali, pastikan anda membuang darah beku yang terdapat di dalam perut ikan keli.
Ikan keli yang siap disiang dan dibasuh dengan cara seperti di atas sedia untuk dimasak. Diharapkan semoga perkongsian tips
menghilangkan hanyir ikan keli pada kali ini bermanfaat untuk dicuba di dapur anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan