Homemade Jamu

Masalah perut buncit dan berangin kebiasaannya dialami oleh kebanyakan wanita selepas melahirkan anak. Memiliki perut yang kempis dan bentuk tubuh langsing semestinya menjadi idaman setiap wanita. Salah satu cara mengempiskan perut adalah makan jamu secara teratur.
homemade jamu
Homemade jamu
Pada kali ini saya kongsikan mengenai homemade jamu khusus kepada anda yang ingin mengempiskan perut buncit. Selain daripada bersih, jamu yang dibuat sendiri semestinya bersih.

Bahan-bahan:

3 sudu besar halba (rendam dalam air selama 2 minit dan toskan)
3 cm halia muda (diparut)
4 ulas bawang putih
15 biji lada hitam


Cara membuat:

  1. Tumbuk halba sehingga halus. Campurkan dengan halia, bawang putih dan lada hitam. Tumbuk lagi bahan-bahan ini hingga lumat.
  2. Gentelkan bahan ini menjadi bulat kecil seperti maajun.
  3. Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.


Cara makan:

Amalkan makan jamu ini 2 biji pagi dan 2 biji malam pada setiap hari. Minum dengan air suam.


*Nota tips:

  1. Jamu ini tidak sesuai untuk wanita mengandung.
  2. Elak makan jamu ketika perut kosong. Pastikan anda makan selepas ambil jamu.


Jika mengamalkan makan jamu secara konsisten, badan akan berasa ringan dan angin dalam badan keluar. Ini juga akan mengempiskan perut yang buncit. Selamat mencuba membuat sendiri jamu di rumah. Dalam artikel yang akan datang akan dikongsi Homemade Jus Asam Kunyit yang bermanfaat untuk dalaman wanita. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...