Tips Mencegah Bayi Jatuh

Setiap bayi mempunyai sifat ingin tahu dan tidak takut untuk mencuba. Ketika proses membesar pasti bayi akan mula aktif bermain. Bayi jatuh ketika bermain adalah salah satu perkara yang merisaukan setiap ibu bapa. 

Tips Mencegah Bayi Jatuh
Tips Mencegah Bayi Jatuh - Sumber Gambar fastcompany.com
Sebelum ini dibincangkan mengenai tips elak anak mencarut. Pelbagai kesan jika bayi terjatuh adalah seperti kecederaan di kepala atau pendarahan dalaman badan bayi. Beberapa tips bagi mencegah bayi terjatuh adalah seperti berikut:

Awasi bayi bagi mencegahnya jatuh

Pastikan anda atau pengasuh sentiasa mengawasi bayi ketika dia sedang bermain. Elakkan meninggalkan bayi anda bersendirian di tempat yang berisiko untuk jatuh seperti meja, katil atau kerusi. 


Letak bayi dalam babycoat bagi mencegahnya jatuh

Sekiranya anda terpaksa meninggalkan bayi anda sebentar, letakkannya di dalam babycoat yang mempunyai dinding pelindung di sekelilingnya. Dengan ini, peluang untuk bayi anda jatuh adalah tipis. 


Awasi permukaan licin bagi mencegahnya jatuh

Sentiasa mengawasi bayi anda yang sedang berlatih berjalan agar dia tidak berjalan di atas permukaan lantai yang licin. Elakkan juga bayi anda memakai stoking ketika dia mula belajar berjalan. 


Pegang erat bayi bagi mencegahnya jatuh

Jika anda mendukung bayi, pegang erat (jangan terlalu ketat) bagi mengelakkannya terjatuh. Sekiranya anda tidur bersama bayi di atas katil, letakkan bantal atau alas empuk di bawah katil. Seeloknya tidur bersama bayi anda di atas lantai sahaja. 


Pagar pelindung bagi mencegahnya jatuh

Pasangkan pagar pelindung di tangga rumah bagi mengelakkan bayi anda memanjatnya. Pastikan pintu dan tingkap ditutup rapat dan dikunci bagi mengelakkan bayi merangkak keluar. Jika meletakkan bayi di stroller atau car seat, pasangkan tali keselamatan di badannya. 


Oleh itu, sebaiknya amalkan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan sebelum kejadian tidak diingini berlaku. Sekiranya bayi anda terjatuh, segera bawanya berjumpa doktor untuk rawatan kecemasan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...