Tips Elak Anak Mencarut

Pada peringkat awal tumbesaran anak mungkin komunikasi mereka tidak dipengaruhi oleh unsur negatif seperti mencarut. Namun apabila anak semakin membesar, mereka mula terdedah kepada pengaruh luar termasuk cara berkomunikasi. 

Tips Elak Anak Mencarut
Tips Elak Anak Mencarut - Sumber gambar grist.org
Anak akan terdedah kepada mencarut jika mereka selalu mendengar perkataan mencarut dari orang di sekeliling mereka. Beberapa tips berikut boleh dipraktikkan oleh ibu bapa bagi mengelak anak mencarut:

Ibu bapa jadi contoh terbaik elak anak mencarut

Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak sepanjang proses tumbesaran mereka. Selalunya anak akan memerhati dan mengikuti cara ibu bapa mereka termasuklah cara berkomunikasi. 


Sebaiknya ibu bapa sentiasa menggunakan bahasa dan perkataan yang baik dan sopan ketika berkomunikasi di rumah. Elakkan menggunakan perkataan kasar seperti ‘bodoh’, ‘bangang’ dan sebagainya. 


Kawal pergaulan rakan sebaya elak anak mencarut

Pantau pergaulan anak dengan rakan-rakan sebayanya. Mungkin mereka berkawan dengan rakan yang suka bercakap kasar dan mencarut. Nasihati anak anda dan jelaskan kepadanya bahawa perkataan itu tidak sepatutnya digunakan. 


Jika anak dibiarkan tanpa pemantauan dan teguran, pasti mereka akan rasa bebas melakukan apa sahaja yang mereka mahu dan sudah terbiasa menggunakan bahasa kasar atau mencarut ketika berkomunikasi. 


Pantau rancangan televisyen elak anak mencarut

Ketika menonton rancangan televisyen bersama anak, perhatikan perkataan yang digunakan terutamanya bagi rancangan kartun yang dialih bahasa. Jika terdapat perkataan kasar atau mencarut seperti ‘tak guna’, ‘bodoh’ dan sebagainya, jelaskan kepada anak perkataan itu tidak sesuai digunakan dalam perbualan harian. 


Pihak berwajib juga seharusnya memainkan peranan untuk menapis dan memantau rancangan televisyen untuk kanak-kanak terutamanya rancangan kartun yang dialih bahasa supaya tidak menggunakan bahasa yang kasar atau mencarut. 


Oleh itu, didiklah anak berkomunikasi dengan sopan dan tidak mencarut sejak mereka masih kecil. Jika anda terlewat mendidik iaitu setelah mereka membesar, mungkin mereka akan memberontak. Seperti kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...