Petua Meluruskan Rambut

Memiliki rambut yang lurus dan cantik pasti menjadi idaman setiap wanita. Kini terdapat pelbagai teknologi moden untuk meluruskan rambut. Namun kekerapan meluruskan rambut dengan penggunaan bahan kimia tidak baik untuk kesihatan. 

Petua Meluruskan Rambut
Petua Meluruskan Rambut - Sumber gambar fashion-kid.net
Apa kata sesekali anda mencuba rawatan meluruskan rambut secara tradisional? Selain daripada menjimatkan kos, bahan-bahan mudah diperolehi di sekeliling anda.

Luruskan rambut dengan santan kelapa

Ambil pati santan daripada sebiji buah kelapa. Campurkan pati santan ini dengan perahan air limau nipis. Kemudian simpan campuran di dalam peti sejuk sehingga ianya menjadi krim pekat. 


Cara penggunaannya, sapukan krim ini pada kulit kepala dan seluruh rambut anda. Tutup dengan tuala dan biarkan selama satu jam. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu. 


Luruskan rambut dengan telur

Campurkan dua biji telur dengan sedikit tepung gandum. Kacau sebati sehingga ianya menjadi pes. Lembapkan rambut dengan sedikit air dan sapukan campuran tadi di seluruh rambut anda sehingga rata. 


Kemudian sikat rambut anda menjadi lurus dan biarkan selama lebih kurang 30 minit. Akhirnya bilas rambut anda dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu dan pasti akan melihat perubahannya. 


Oleh itu, tanpa mengeluarkan kos yang besar untuk ke salun anda boleh meluruskan rambut sendiri di rumah. Rawatan meluruskan rambut secara tradisional ini adalah selamat kerana tidak menggunakan bahan kimia berbahaya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...