Parut akibat cacar air atau chicken pox pasti sukar dihilangkan dengan cepat. Walaupun telah banyak krim yang dijual di farmasi, namun tidak salah untuk mencuba kaedah tradisional tanpa menggunakan bahan kimia.
Petua Hilangkan Parut Cacar Air - Sumber gambar alongxp.com |
Madu hilangkan parut cacar air
Sapukan madu terus ke bahagian parut cacar air di kulit anda. Madu mengandungi bahan yang menyejukkan kulit serta mencegah jangkitan pada luka. Penggunaan madu juga dapat menghaluskan kulit.
Kacang hijau hilangkan parut cacar air
Rendam sedikit kacang hijau dalam air sehingga kembang. Kemudian tumbuk sehingga halus dan sapukan pada parut cacar air di kulit. Biarkan ia mengering di kulit dan akhirnya bilas dengan air bersih.
Jagung muda hilangkan parut cacar air
Parut jagung muda (warna bijinya kuning pucat) sehingga halus. Sapukan parutan jagung muda terus pada parut di kulit anda. Biarkan ianya mengering di kulit anda dan kemudian bilas dengan air.
Oleh itu, tidak salah mencuba kaedah rawatan tradisional untuk menghilangkan parut cacar air. Bahan yang digunakan juga mudah didapati di dapur anda dan ianya juga lebih menjimatkan kos kerana tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan