Tips Sihat dengan Yogurt dan Strawberi

Yogurt merupakan susu masam yang berprotein tinggi, bebas lemak dan mengandungi bakteria probiotik serta kalsium yang tinggi. Strawberi pula mengandungi antioksida untuk menghalang radikal bebas yang menyebabkan kanser dan penuaan. 

Tips Sihat dengan Yogurt dan Strawberi
Tips Sihat dengan Yogurt dan Strawberi - Sumber gambar bunkycooks.com
Kombinasi yogurt dan strawberi sememangnya memberikan banyak manfaat kepada kesihatan kita seperti berikut:


Khasiat yogurt dan strawberi

Segelas yogurt mengandungi 700 miligram kalsium iaitu dua kali kandungan kalsium dalam susu segar. Kandungan antioksida dalam strawberi adalah melebihi kandungan antioksida dalam anggur. 


Yogurt dan strawberi untuk sarapan pagi

Pengambilan yogurt bersama jus strawberi pada setiap pagi sebelum sarapan sangat bermanfaat untuk kesihatan terutamanya kepada anda yang ingin mendapatkan badan yang sihat dan kulit yang cantik. 


Yogurt dan strawberi sebagai makanan segera

Yogurt dan strawberi juga boleh dijadikan makanan segera ketika anda sedang lapar kerana ianya mudah diperolehi dan mengenyangkan perut anda. Bakteria probiotik di dalam yogurt baik untuk proses pencernaan dalam usus. 


Bagi anda yang ingin menurunkan kadar kolesterol juga baik untuk mengambil yogurt dan strawberi. Anda boleh menikmati yogurt dan strawberi dengan pelbagai cara seperti smooties atau dimakan begitu sahaja. Oleh itu, usah ragu-ragu untuk memasukkan yogurt dan strawberi dalam diet seharian anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...