Petua Elak Perut Buncit

Perut buncit bukan sahaja dihadapi oleh kaum wanita, golongan lelaki juga tidak terkecuali. Masalah ini bukan sahaja membuatkan seseorang berasa tidak selesa, tetapi ianya juga akan menjejaskan penampilan diri. 

Petua Elak Perut Buncit
Petua Elak Perut Buncit - Sumber gambar sodanco.com
Sebelum ini pernah dibincangkan mengenai tips kurus di dalam artikel yang lalu. Berikut adalah beberapa petua untuk mengelak perut buncit yang boleh diamalkan:

Elak perut buncit ketika makan 

Elakkan makan berselang dengan minum air. Seeloknya minumlah air selepas setengah jam anda makan. Pastikan anda mengunyah makanan perlahan-lahan sehingga hancur sebelum menelannya.


Elak perut buncit dengan bersenam 

Lakukan senaman sit-up sekurang-kurangnya sebanyak 20 kali setiap hari. Aktifkan juga diri anda dengan melakukan senaman secara rutin seperti berlari, menari atau aerobik selama 20 minit setiap sesi sebanyak tiga kali seminggu. 


Elak perut buncit dengan air putih

Pastikan air di dalam badan anda mencukupi iaitu dengan minum sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter air putih pada setiap hari. Kurangkan minum minuman berkarbonat, manis dan berais. 


Elak perut buncit dengan memakai bengkung

Kini terdapat pelbagai jenis bengkung moden yang mampu mengurangkan masalah perut buncit. Pilihlah bengkung yang sesuai dan selesa dengan badan anda. Seeloknya pakai bengkung selama sekurang-kurangnya lapan jam sehari. 


Elak perut buncit dengan losyen halia 

Sapukan perut anda dengan losyen halia yang kini banyak dijual di pasaran dengan pelbagai jenama. Selain daripada mengempiskan perut, masalah angin di dalam badan anda juga dapat dikurangkan. 


Elak perut buncit dengan air limau nipis/kasturi 

Amalkan minum air limau nipis/kasturi suam setiap kali selepas makan makanan berat seperti nasi atau mi. Ianya juga dapat melancarkan proses penghadaman di dalam perut anda dan membantu detoks. 


Untuk mendapatkan perut yang cantik pasti memerlukan perubahan yang konsisten tanpa pernah rasa jemu. Oleh itu, elak perut buncit dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...