Tips Merawat Wajah Kusam

Wajah kusam mungkin disebebkan oleh proses penuaan, tekanan atau terdedah dengan sinar matahari yang berlebihan. Kali ini akan dikongsikan mengenai tips hilangkan wajah kusam yang boleh dilakukan sendiri di rumah. 

Tips Merawat Wajah Kusam
Tips Merawat Wajah Kusam - Sumber gambar street-fashion-trends.com
Perkongsian tips merawat wajah kusam berdasarkan kepada beberapa masalah kulit seperti berikut:

Rawat wajah kusam masalah kulit gelap

Rawat dengan krim yang mengandungi vitamin A seperti retinol, isotretinon atau tretinoin yang ditambah krim pemutih. Beberapa produk pemutih lain seperti kojic acid, arbutin, ekstrak mulberry dan vitamin C. 


Rawat wajah kusam masalah kulit berparut 

Gunakan produk pengelupasan yang mengandungi asid glycolic bagi memperbaiki kesan parut supaya ia tidak kelihatan dalam.


Rawat wajah kusam masalah kulit kendur

Gunakan krim yang mengandungi centella asiatica, urosolic acid dan tetrahydrocurcumin bagi menghapuskan enzim (collagenase dan elastase) yang menyebabkan kualiti kulit merosot.


Rawat wajah kusam masalah pori-pori besar

Rawat wajah dengan menggunakan produk dan krim yang mempercepatkan regenerasi sel kulit seperti retinol, AHA dan BHA. 


Rawat wajah kusam masalah lingkaran gelap bawah mata

Sapukan krim atau serum mata pada waktu pagi dan malam dengan gerakan urutan di sekitar kelopak mata bagi melancarkan aliran darah dan meningkatkan kadar elastik kulit bawah mata. 


Diharapkan perkongsian tips merawat wajah kusam ini dapat memberikan informasi berguna kepada anda. Perawatan kulit kusam ini perlu dilakukan secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. 

3 ulasan:

  1. Tips dan triks yang bermanfaat, trims for sharing

    BalasPadam
  2. benar apa yang Cik Zaza tuliskan, kalau tips merawat wajah yang kusam ini , mesti dilakukan secara berkelanjutan,. kerana ada orang..ingin memiliki wajah cerah dan mempesona dengan satu kali sentuhan saja.. .simsalabim.. hehehe

    BalasPadam
  3. Thanks for the info cik zaza..sorry dh lama tak bw sini

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...