Tips Bibir Menawan dengan Gincu

Warna gincu mampu menyerlahkan ‘keseksian’ bibir anda. Pemilihan gincu yang bersesuaian dan teknik sapuan gincu yang betul adalah penting bagi medapatkan bibir yang menawan. Pada kali ini dikongsikan tips bibir menawan dengan gincu.

Tips Bibir Menawan dengan Gincu
Tips Bibir Menawan dengan Gincu - Sumber gambar idiva.com
Di dalam entri yang lepas saya pernah kongsikan berkenaan petua solekan asas. Beberapa tips bibir menawan dengan gincu adalah seperti berikut:

1. Tips bibir menawan dengan gincu - Bentuk bibir cantik
Bagi bibir yang nipis, lukis bentuk bibir dengan pensel bibir sebelum menyapukan gincu jenis berkilat dan akhiri dengan pengilat bibir. Jika bibir tebal, pilih gincu jenis matte kerana ia membuatkan bibir kelihatan seksi namun elakkan menggunakan pengilat bibir kerana menampakkan bibir lebih besar. 

2. Tips bibir menawan dengan gincu - Bibir kering
Sapukan pelembap terlebih dahulu sebelum mengoleskan gincu di bibir. Namun jika tahap kekeringan bibir anda teruk, seeloknya pakai pelembap sahaja sehingga bibir kembali normal. 

3. Tips bibir menawan dengan gincu - Kekalkan warna gincu
Oleskan pengilat bibir diikuti oleh sapuan bedak padat pada bibir anda. Seterusnya oleskan gincu kegemaran anda di bibir. 

4. Tips bibir menawan dengan gincu - Sapuan kemas dan cantik
Sapu pengilat bibir dengan kemas supaya ia sekata di bibir anda. Bagi mendapatkan warna gincu yang cantik, oles gincu dan pengilat bibir rona senada.

5. Tips bibir menawan dengan gincu - Bibir warna nude
Bagi mendapatkan bibir kelihatan nude, tekan bedak padat pada bibir anda dan oleskan pengilat bibir tanpa warna. 

Walaupun sekadar gincu, tersalah olesan pasti akan mencacatkan penampilan anda. Semoga perkongsian tips bibir menawan dengan gincu ini berguna sebagai panduan asas kepada anda bagi memakai gincu yang cantik dan kemas. 

2 ulasan:

  1. Setuju. Tersalah olesan lipstick..boleh mencacatkan penampilan...
    Kalau warna pilihan saya bisanya light red and pink...Warna2 terang dan garang tak berani pakai lagi..huhu

    BalasPadam
  2. Wanita mmg kena pandai mengikut kesesuaian bila memakai gincu ni. Klu tak makin tak cantik jadinya.. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...