Pada masa kini terdapat segelintir individu yang tidak peduli mengenai kandungan kolesterol makanan yang dimakan. Sehingga ada yang mengalami masalah obesiti dan mengidap penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan sakit jantung.
Kandungan Kolesterol Makanan - Sumber gambar lockhetna.in |
Sebelum ini telah dikongsikan mengenai tips kurangkan lemak dalam masakan. Jenis makanan dan tahap kandungan kolesterol makanan (bagi 100 gram makanan) adalah seperti berikut:
1. Kandungan kolesterol makanan paling rendah (0-10 mg)
Jenis makanan : buah-buahan dan sayur-sayuran
2. Kandungan kolesterol makanan rendah (10-30 mg)
Jenis makanan : keju, susu dan ikan
3. Kandungan kolesterol makanan sederhana (30-100 mg)
Jenis makanan : daging, kambing, ayam dan sesetengah ikan
4. Kandungan kolesterol makanan tinggi (100-300 mg)
Jenis makanan : limpa, hati, udang, sotong dan mentega
5. Kandungan kolesterol makanan paling tinggi (melebihi 300 mg)
Jenis makanan : ikan masin, udang kering, otak dan telur
Ingatlah bahawa kesihatan adalah anugerah yang paling bernilai kepada seorang manusia. Oleh itu, hargailah kesihatan anda dengan makan mengikut keperluan dan memilih makanan yang tahap kandungan kolesterol makanan rendah.
Udang kering berkolestrol tinggi rupanya.. :(
BalasPadamKolestrol memang patut dijauhi dan memang sentiasa merungsikan hati.
BalasPadamJenis yg masin2 ni mudah kena penyakit darah tinggi juga kan..
BalasPadam