Tips Berhenti Merokok

Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan perokok, tetapi juga orang lain yang berada di sekeliling perokok. Pada kali ini saya akan kongsikan tips berhenti merokok yang boleh anda cuba praktikkan. 

Tips Berhenti Merokok
Tips Berhenti Merokok - Sumber gambar ahchealthenews.com
Sebelum saya terangkan berkenaan tips berhenti merokok, ketahuilah kesan beberapa bahan kimia yang terdapat di dalam sebatang rokok seperti berikut:

1. Karbon monoksida - mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
2. Tar - menyumbat paru-paru (penyebab kanser).
3. Nikotin - meningkatkan denyutan nadi dan membuatkan jantung bekerja lebih kuat.
4. Fenol - melumpuhkan dan memusnahkan lapisan saluran udara yang berbulu.

Tentu anda tidak mahu bahan kimia berbahaya seperti di atas berada di dalam tubuh. Beberapa tips berhenti merokok adalah seperti berikut:

1. Tips berhenti merokok dengan nekad melaksanakannya
Berniat di dalam hati untuk berubah menjadi sihat dengan cara berhenti merokok. Jangan bertangguh untuk mula berhenti. Ingatlah, hanya anda yang mampu mengubah diri anda menjadi lebih sihat.

2. Tips berhenti merokok dengan sokongan keluarga dan rakan
Berterus terang dengan keluarga dan rakan-rakan mengenai niat anda untuk berhenti merokok. Sokongan dari mereka pasti akan membuatkan anda lebih bersemangat. 

3. Tips berhenti merokok dengan jauhi persekitaran rokok
Buang rokok, pemetik api atau bekas abu rokok sama ada di rumah atau dalam kereta. Elakkan persekitaran yang merangsang anda untuk merokok seperti parti dan disko. Usah malu menolak pelawaan dari rakan-rakan. 

4. Tips berhenti merokok dengan aktiviti luar berfaedah
Jika anda berasa bosan atau tertekan, sibukkan diri dengan melakukan aktiviti luar yang berfaedah seperti bersenam, berenang atau aktiviti lain yang mengeluarkan peluh. 

5. Tips berhenti merokok dengan ambil makanan sihat
Jika berasa ketagihan, kunyah buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, pisang, betik dan timun. Banyakkan minum air kosong dan elakkan minuman yang merangsang keinginan merokok seperti kopi atau arak.

Oleh itu, berhenti merokok adalah jalan terbaik bagi mendapatkan kehidupan yang sihat dan berkualiti. Yang penting kuatkan tekad untuk berubah dan konsisten di dalam melakukannya. Semoga tips berhenti merokok ini bermanfaat untuk anda.

1 ulasan:

  1. Saya ada kawan yg susah sgt nak berhenti merokok ni. Paling lama dia bertahan selama 3 bulan.. lepas tu terkucil balik huhu.. Klu tak hisap lebih baik jngn mencubalah. Thanks sharing tips ni.. mudah2an bermanfaat kpd yg benar2 nk berhenti merokok..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...