Tips Pemilihan Makanan untuk Perut Kempis

Selain daripada memiliki tubuh yang langsing, mendapatkan perut yang kempis juga menjadi idaman setiap orang. Kali ini saya akan kongsikan berkenaan tips pemilihan makanan untuk perut kempis

Tips Pemilihan Makanan untuk Perut Kempis
Tips Pemilihan Makanan untuk Perut Kempis - Sumber gambar idiva.com
Sebelum ini dikongsikan mengenai kelebihan kurus. Pengambilan makanan yang bersesuaian merupakan salah satu faktor untuk mendapatkan perut kempis. Beberapa tips pemilihan makanan untuk perut kempis adalah seperti berikut:

1. Tips pemilihan makanan untuk perut kempis – Jus buah-buahan
Sediakan buah-buahan seperti lobak merah, epal, buah-buahan beri, tomato, oren, anggur dan betik untuk dijadikan jus. Selain daripada mengempiskan perut, jus buah juga mengenyangkan. 

2. Tips pemilihan makanan untuk perut kempis – Yogurt
Perut juga akan buncit apabila terdapat banyak asid di dalamnya. Kandungan probiotik yang terdapat di dalam yogurt mampu membunuh bakteria jahat di dalam usus dan sekaligus melancarkan sistem pencernaan. 

3. Tips pemilihan makanan untuk perut kempis – Teh hijau
Amalkan minum teh hijau dua hingga tiga kali seminggu untuk mendinginkan perut dan melancarkan sistem pencernaan anda. 

4. Tips pemilihan makanan untuk perut kempis – Brokoli
Kandungan serat yang terdapat dalam brokoli baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan brokoli secara rutin dapat melancarkan sistem pencernaan di samping meningkatkan metabolisme badan.

5. Tips pemilihan makanan untuk perut kempis – Agar-agar 
Agar-agar berasal daripada rumpai laut dan ianya memberikan rasa dingin pada perut. Pengambilan agar-agar dapat melancarkan sistem pencernaan serta memenuhi keperluan serat di dalam badan anda. 

Selain daripada memilih makanan, elakkan minum ais atau makan berselang minum air bagi mengelakkan perut buncit. Oleh itu, semoga perkongsian tips pemilihan makanan untuk perut kempis ini bermanfaat untuk anda. 

4 ulasan:

  1. Good tips...
    sekarang jugak akak cari teh hijau...hehe

    BalasPadam
  2. tips yang bermanfaat terimakasih sudah share :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...