Tips Penjagaan Vagina

Penjagaan alat kelamin atau vagina adalah penting bagi memastikan kaum hawa sentiasa selesa dengan diri mereka sendiri. Kali ini saya akan kongsikan tips penjagaan vagina yang perlu diamalkan oleh setiap wanita. 

Tips Penjagaan Vagina
Tips Penjagaan Vagina - Sumber gambar saffronextractadvisor.com
Beberapa tips penjagaan vagina adalah seperti berikut:

1. Tips penjagaan vagina – Pemilihan seluar dalam
Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas yang mudah menyerap peluh. Elakkan memakai seluar dalam yang ketat. Tukar seluar dalam sekurang-kurang 2 kali setiap hari dan pakai pantyliner jika mengalami keputihan. 

2. Tips penjagaan vagina – Selepas membuang air kecil atau besar
Cuci alat kelamin selepas membuang air kecil atau air besar. Cuci dari depan ke belakang bagi mengelakkan pembiakan bakteria. 

3. Tips penjagaan vagina – Ketika kedatangan haid
Tukar tuala wanita secara kerap bagi memastikan anda sentiasa selesa dan untuk mengelakkan pembiakan bakteria. 

4. Tips penjagaan vagina – Penggunaan pembersih vagina
Elakkan mencuci alat kelamin dengan menggunakan sabun atau gel mandian. Jika anda menggunakan pembersih vagina, pilihlah yang dikhususkan untuk mencuci alat kelamin.

5. Tips penjagaan vagina – Selepas melakukan hubungan seks
Bersihkan vagina sebelum dan selepas melakukan hubungan seks. Setengah jam selepas melakukan hubungan seks, cuba buang air kecil bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. 

Oleh itu, semoga perkongsian mengenai tips penjagaan vagina ini bermanfaat untuk rujukan asas kaum wanita. Kebersihan dalaman diri mencerminkan diri seseorang di samping meningkatkan keyakinan diri. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...