Khasiat Cuka Kurma

Cuka kurma terhasil daripada kurma yang diperam dalam jangka masa tertentu sehingga bertukar menjadi jus buah dan alkohol, yis dan asid asetat yang akhirnya menjadi cuka kurma. Kali ini saya akan kongsikan beberapa khasiat cuka kurma

Khasiat Cuka Kurma
Khasiat Cuka Kurma - Sumber gambar flickr.com
Cuka kurma mempunyai pelbagai khasiat. Beberapa khasiat cuka kurma adalah seperti berikut:

1. Khasiat cuka kurma untuk melancarkan sistem pencernaan
Pengambilan cuka kurma dapat melancarkan sistem pencernaan kiaitu mengatasi masalah sembelit, mencegah buasir dan mengawal berat badan. 

2. Khasiat cuka kurma untuk menurunkan kandungan gula
Kandungan gula dalam darah dapat diturunkan dengan pengambilan cuka kurma (engawal kencing manis). Ia juga dapat menurunkan tekanan darah apabila kolesterol lemak dalam badan disingkirkan.

3. Khasiat cuka kurma untuk sistem pernafasan
Penghidap penyakit berkaitan sistem pernafasan seperti asma, batuk dan resdung juga boleh dirawat dengan cuka kurma.

4. Khasiat cuka kurma untuk awet muda
Pengambilan cuka kurma yang konsisten dapat mengekalkan awet muda. Cuka kurma dapat mengubati masalah kulit terbakar dan mengurangkan bintik hitam di wajah. 

5. Khasiat cuka kurma untuk memulihkan tenaga
Cuka kurma juga bermanfaat untuk memulihkan tenaga iaitu dengan meredakan keletihan, mengurangkan sakit kepala dan membuang kepanasan dari badan.

6. Khasiat cuka kurma untuk mencegah keracunan
Cuka kurma dapat menghalang bahaya akibat pengambilan ubat-ubatan farmasi (kimia) dengan cara mengeluarkan mendapan ubatan berkenaan dari badan. 

7. Khasiat cuka kurma untuk mencegah kanser
Cuka kurma juga dapat mencegah kebengkakan di badan (bisul dan kanser).

Oleh itu, amalkan pengambilan cuka kurma secara konsisten dan pastikan pemakanan yang seimbang untuk kesihatan yang baik. Diharapkan perkongsian mengenai khasiat cuka kurma ini bermanfaat untuk anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...