Seorang pengkaji Amerika telah menemui sebotol madu yang dianggarkan berusia 3,000 tahun di dalam piramid Mesir dan masih dalam keadaan baik. Kali ini akan dikongsikan petua menyimpan madu agar tahan lama.
Petua Menyimpan Madu Agar Tahan Lama - Sumber gambar maxisciences.com |
Bekas menyimpan madu
Botol atau bekas yang berpenutup rapat adalah sesuai untuk menyimpan madu. Elakkan cahaya terang. Bekas yang diperbuat dari logam tidak sesuai untuk menyimpan madu kerana ia menyerap bau dan madu bertindakbalas dengan logam.
Suhu menyimpan madu
Simpan madu di tempt yang kering dengan kelembapan kurang dari 20%. Suhu paling sesuai untuk menyimpan madu adalah antara 5-27 darjah celsius. Suhu yang terlalu tinggi menghilangkan sifat antibakteria semulajadi madu.
Kekalkan khasiat madu
Jika madu membeku, cairkannya dengan cara meletakkan bekas madu di dalam air panas yang suhunya tidak melebihi 40 darjah celsius. Jika dipanaskan dengan suhu terlalu tinggi, khasiat madu akan hilang.
Oleh itu, cara menyimpan madu adalah penting bagi mengekalkan ketahanannya. Seeloknya anda mengambil madu dengan menggunakan sudu kayu, kaca atau plastik. Diharap petua menyimpan madu agar tahan lama ini dapat anda praktikkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan