Tips Mengawal Selera Makan

Selera makan seseorang didorong oleh pelbagai faktor seperti tekanan perasaan, cuaca terlalu sejuk atau kesibukan kerja. Seharusnya langkah awal diambil bagi mengawal selera makan sebelum ianya memudaratkan diri anda.

Tips Mengawal Selera Makan
Tips Mengawal Selera Makan - Sumber gambar innerengineering.com
Sebelum ini dikongsikan punca berat badan bertambah di tempat kerja di dalam artikel yang lalu. Makan dalam kuantiti yang tidak terkawal pasti mengundang padah kepada anda. Beberapa tips penting bagi mengawal selera makan adalah seperti berikut:

Kawal selera makan dengan makan ikut jadual

Perut anda seperti sebuah jam loceng. Apabila tiba waktu makan, ia akan minta untuk diisi dengan makanan. Biasakan diri anda untuk makan mengikut jadual yang tetap sekurang-kurangnya setiap empat jam sekali. 


Kecenderungan makan lebih banyak ketika perut terlalu lapar. Jika terlalu sibuk, cukup sekadar makan dua keping roti gandum atau secawan oat atau dua biji pisang. Ini dapat menstabilkan gula dalam badan sekaligus mengawal selera makan anda. 


Kawal selera makan dengan minum air mencukupi

Pastikan anda minum sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter air putih setiap hari. Air yang mencukupi dalam badan adalah penting bagi membuatkan perut berasa kenyang dan sekaligus mengawal selera makan anda. 


Namun elakkan minum minuman bekarbonat kerana ia mengandungi kandungan gula tinggi yang tinggi serta tidak baik untuk kesihatan anda. Air yang mencukupi dalam tubuh juga penting bagi melancarkan sistem pencernaan anda. 


Kawal selera makan dengan tidur mencukupi

Apabila anda tidak cukup tidur, tenaga dalam badan akan semakin berkurangan dan badan akan menjadi lesu serta tidak bermaya. Selera makan akan semakin bertambah apabila badan memerlukan tenaga bagi melakukan aktiviti. 


Tidur yang tidak mencukupi juga menyebabkan hormon dalam badan menjadi tidak stabil dan seterusnya menyebabkan risiko penyakit seperti kemurungan, tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi. Tidur sekurang-kurangnya enam jam sehari. 


Oleh itu, seharusnya anda berusaha untuk mengawal selera makan sebelum badan menjadi gemuk. Sentiasa fokus kepada keinginan untuk kekal sihat dan cantik selalu, pasti anda akan berusaha ke arah itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...