Petua Langsing Selepas Bersalin

Kembali langsing selepas bersalin pasti menjadi idaman setiap wanita yang baru melahirkan anak. Tentu anda berasa bimbang jika misi untuk mengembalikan bentuk tubuh yang langsing tidak berjaya dilaksanakan.

Petua Langsing Selepas Bersalin
Petua Langsing Selepas Bersalin - Sumber gambar qfnu.net
Sebelum ini dibincangkan mengenai tips menambah berat badan secara sihat di dalam artikel yang lalu. Usah berputus asa untuk berusaha secara konsisten dan pasti impian anda untuk langsing selepas bersalin menjadi kenyataan.

Langsing tanpa tekanan

Perubahan fizikal selama sembilan bulan iaitu ketika hamil pasti memerlukan waktu tertentu untuk mengembalikan bentuk tubuh yang langsing. Yang penting lakukan tanpa tekanan dan secara konsisten. 


Langsing dengan menyusukan bayi

Usah takut untuk menyusukan bayi anda selepas bersalin kerana aktiviti menyusukan bayi boleh membakar sehingga 500 kalori sehari. Selain daripada mengeratkan hubungan anda dengan bayi, ianya juga memberi peluang untuk anda kembali langsing.


Langsing dengan bersenam

Dapatkan nasihat doktor sebelum mula melakukan senaman dan olahraga selepas anda bersalin. Atau peruntukkan masa selama 30 minit sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk membawa si kecil di dalam kereta sorongnya bersiar-siar di sekitar rumah. 


Langsing dengan hadkan makan

Makan mengikut keperluan kalori badan anda pada waktu yang tetap. Kurangkan pengambilan nasi (ambil hanya separuh saiz genggaman tangan). Kunyah makanan secara perlahan-lahan sehingga hancur sebelum menelannya. 


Langsing dengan serat

Pastikan serat terdapat di dalam makanan seharian bagi memastikan anda sentiasa kenyang. Makanlah makanan berserat tinggi seperti bijirin, roti gandum, buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sumber serat yang mengenyangkan. 


Langsing dengan air putih

Pastikan air di dalam badan anda mencukupi iaitu sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter sehari. Air putih bermanfaat untuk menurunkan berat badan dan melancarkan proses pencernaan serta membantu mengawal rasa lapar.


Langsing dengan snek sihat

Waktu terluang pasti anda berasa ingin mengunyah snek. Elakkan makan snek seperti keropok, ais krim dan gula-gula, sebaliknya gantikan dengan buah-buahan yang dipotong atau salad segar.


Makanlah secara seimbang bagi memastikan nutrien di dalam tubuh anda sentiasa mencukupi. Pastikan anda selalu berfikiran positif untuk kembali langsing. Oleh itu, jangan mudah berputus asa untuk mengembalikan bentuk badan anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...