Petua Memilih Makanan untuk Kesihatan Rambut

Sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai petua merawat rambut secara tradisional menggunakan bahan semulajadi atau alami. Kali ini saya akan kongsikan mengenai petua memilih makanan untuk kesihatan rambut

Petua Memilih Makanan untuk Kesihatan Rambut
Petua Memilih Makanan untuk Kesihatan Rambut - Sumber gambar assurancecp.com
Penjagaan secara luaran sahaja tidak cukup untuk memiliki rambut yang cantik bersinar dan sihat. Berikut beberapa petua memilih makanan untuk kesihatan rambut berdasarkan kepada jenis nutrien yang diperlukan:

Besi untuk kesihatan rambut 

Besi berfungsi membawa oksigen yang mencukupi dan kekurangannya menyebabkan kekurangan oksigen pada rambut serta ubun-ubun. Sumber makanan seperti daging merah dan sayuran berdaun gelap.


Tembaga untuk kesihatan rambut 

Tembaga diperlukan dalam proses pigmentasi rambut (rambut menjadi warna semulajadi). Sumber makanan seperti hati, kerang-kerangan, kekacang, sayur-sayuran segar dan daging. 


Zink untuk kesihatan rambut 

Zink berfungsi untuk mencegah rambut gugur dan membantu membina protein rambut. Sumber makanan seperti daging dan makanan laut. 


Protein untuk kesihatan rambut 

Protein berfungsi untuk membina blok rambut. Sumber makanan seperti daging dan makanan laut.


Vitamin A untuk kesihatan rambut 

Vitamin A berfungsi untuk mencegah keguguran rambut. Sumber makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.


Vitamin B dan Vitamin C untuk kesihatan rambut 

Vitamin B dan vitamin C berfungsi untuk melancarkan peredaran darah serta menguatkan rambut. Setiap helaian rambut menjadi lembut, tidak terputus serta warna tidak kusam. Sumber makanan seperti buah-buahan sitrus (lemon, limau) dan strawberi serta sayur-sayuran berdaun gelap. 


Vitamin E untuk kesihatan rambut 

Vitamin E bermanfaat sebagai antioksida bagi menghasilkan kulit yang sihat dan membaiki jaringan kulit yang baik untuk pertumbuhan rambut. Sumber makananseperti minyak sayur, kekacang dan hati. 


Asid lemak dan air untuk kesihatan rambut 

Asid lemak dan air diperlukan untuk pertumbuhan rambut yang baik. Sumber makanan seperti asid lemak Omega 3 dari ikan Salmon dan Tuna.


Oleh itu, diharap perkongsian mengenai petua memilih makanan untuk kesihatan rambut ini bermanfaat untuk anda. Hargailah rambut anda dengan cara sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihannya.

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...