Selulit adalah jaringan lemak pada lapisan kulit. Kewujudan selulit pasti akan menjejaskan penampilan diri kerana ianya kelihatan hodoh pada pandangan mata. Kali ini saya akan kongsikan tips hilangkan selulit.
Tips Hilangkan Selulit - Sumber gambar moddershalloaks.com |
Selulit bukan hanya terjadi kepada individu yang gemuk, tetapi individu yang kurus juga tidak terkecuali. Berikut beberapa tips hilangkan selulit yang boleh dicuba:
Tips hilangkan selulit dengan bersenam
Bersenam bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah dalam badan. Senaman seperti jogging mengaktifkan pergerakan otot di samping mengurangkan lemak terkumpul dalam badan.
Tips hilangkan selulit dengan makanan
Pilih makanan yang rendah lemak serta bernutrien tinggi. Pilih roti gandum berbanding roti putih kerana ianya membantu pencernaan dan melancarkan peredaran darah.
Tips hilangkan selulit dengan menghindari tekanan
Tekanan akan menyebabkan pembuluh darah dalam badan tersumbat dan seterusnya lemak akan terkumpul menjadi selulit.
Tips hilangkan selulit dengan urutan
Berurut bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah. Urutan juga dapat menjangkau bahagian yang tidak dapat dirangsang melalui senaman.
Tips hilangkan selulit dengan krim anti selulit
Pilih krim anti selulit atau skrub yang mengandungi kafein kerana ia bertindak sebagai diuretik yang berfungsi untuk mengurangkan lebihan cairan dan menegangkan kulit.
Oleh itu, diharap perkongsian mengenai tips hilangkan selulit ini bermanfaat untuk anda. Selulit pasti boleh hilang jika anda konsisten untuk melakukan senaman dan menjaga pemakanan seharian anda.
Huhu...penting ni...
BalasPadamsemoga perkongsian ini bermanfaat..
Padammakanan itu yang perlu di jaga ya mbak, :D
BalasPadambenar.. seharusnya kita menjaga pemakanan..
PadamWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Hilangkan Selulit
BalasPadam