Sebelum ini saya pernah kongsikan salah satu tips membuang toksin dari badan adalah dengan cara minum air yang bertapis. Kali ini saya akan kongsikan pula mengenai kelebihan menggunakan penapis air.
Kelebihan Menggunakan Penapis Air - Sumber gambar jonathanmfg.com |
Hampir setiap rumah pada masa kini memasang penapis air untuk air minuman di rumah. Beberapa kelebihan menggunakan penapis air adalah seperti berikut:
1. Kelebihan menggunakan penapis air mudah digunakan
Penapis air hanya perlu dipasang pada paip dan apabila hendak digunakan anda hanya perlu membuka paip sahaja. Ianya tentu mudah digunakan untuk memasak dan minum.
2. Kelebihan menggunakan penapis air dapat menjimatkan kos
Dengan adanya penapis air, anda tidak perlu lagi membeli air bertapis atau air minuman di dalam botol. Sekaligus ianya juga menjimatkan kos perbelanjaan anda.
3. Kelebihan menggunakan penapis air dapat mengurangkan risiko kanser
Penggunaan air bertapis dapat mengurangkan risiko kanser kolon, kanser rektum dan kanser pundi kencing dengan cara menyingkirkan klorin daripada air.
4. Kelebihan menggunakan penapis air dapat singkirkan toksin
Lebih dari 2,100 toksin yang terdapat di dalam badan kita dapat disingkirkan dengan minum air bertapis.
5. Kelebihan menggunakan penapis air untuk singkirkan logam dan bakteria
Penapis air bermanfaat untuk menyingkirkan bahan pencemar logam dan bakteria berbahaya. Hasilnya air yang lebih bersih dengan bau dan rasa yang lebih baik.
6. Kelebihan menggunakan penapis air baik untuk sistem imun kanak-kanak
Air bertapis baik untuk membangunkan sistem imun kanak-kanak.
7. Kelebihan menggunakan penapis air mengurangkan risiko penyakit usus
Minum air bertapis juga dapat mengurangkan risiko penyakit usus lebih daripada 33 peratus dengan menyingkirkan cryptosporidium dan giardia dari air minuman anda.
Oleh itu, pasanglah satu penapis air di rumah anda. Banyak penapis air di pasaran seperti Diamond, Al-Jabbar, Hai-O dan banyak lagi. Semoga perkongsian mengenai kelebihan menggunakan penapis air ini bermanfaat untuk anda.
Sekarang ni pun..tak tahu quality air kita macam mana...
BalasPadamhope penapis air adalah salah satu langkah 'keselamatan'
seharusnya begitu.. penapis air bukan sekadar menapis, tetapi juga bermanfaat untuk kesihatan kita..
BalasPadam