Gaya hidup dan cara pemakanan tidak sihat menyebabkan toksin terkumpul dalam badan. Selalunya toksin akan disingkir melalui hati, kulit, paru-paru, buah pinggang dan najis. Kali ini saya akan kongsikan tips membuang toksin dari badan.
Tips Membuang Toksin dari Badan - Sumber gambar jazzercise.com |
Badan yang mempunyai banyak toksin akan mudah berasa lesu. Beberapa tips membuang toksin dari badan adalah seperti berikut:
1. Tips membuang toksin dari badan dengan berpuasa
Berpusa merupakan kaedah membuang toksin dari badan dengan cara yang menjimatkan dan tanpa kos.
2. Tips membuang toksin dari badan dengan bersenam
Apabila bersenam, badan anda akan mengeluarkan toksin dalam bentuk peluh. Bersenamlah secara teratur 20 minit setiap sesi sebanyak 3 kali seminggu.
3. Tips membuang toksin dari badan dengan pengambilan serat
Serat boleh didapati di dalam bijirin seperti oat, sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk melancarkan sistem penghadaman anda.
4. Tips membuang toksin dari badan dengan minum air bertapis
Air paip mungkin mengandungi bahan pencemar dan logam berbahaya. Seeloknya gunakan air yang ditapis untuk memasak dan minum. Minum 8 gelas air atau lebih pada setiap hari untuk membuang toksin dari badan anda.
5. Tips membuang toksin dari badan dengan kurangkan kafein dan rokok
Kurangkan pengambilan kafein dan rokok. Rokok mengandungi pelbagai racun dan toksin yang merbahaya untuk kesihatan anda.
6. Tips membuang toksin dari badan dengan kurangkan bahan pengawet
Kurangkan penggunaan bahan perisa seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan pewarna tiruan di dalam masakan. Sebaliknya gantikan dengan bahan semulajadi seperti rempah ratus.
7. Tips membuang toksin dari badan dengan berbekam
Ambil masa untuk mengunjungi pusat rawatan berbekam untuk membuang toksin dari badan anda.
Oleh itu, sentiasa amalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup yang sihat bagi mendapatkan kesihatan yang berpanjangan. Semoga perkongsian tips membuang toksin dari badan ini bermanfaat untuk anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan