Tips Merancang Perbelanjaan Dapur

Kenaikan harga barangan keperluan asas pastinya merungsingkan. Kini tiba masanya anda merancang perbelanjaan anda supaya lebih teratur. Kali ini saya akan berkongsi mengenai tips merancang perbelanjaan dapur

Tips Merancang Perbelanjaan Dapur
Tips Merancang Perbelanjaan Dapur - Sumber gambar huffingtonpost.com
Sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai barangan untuk dapur bujang. Berikut adalah beberapa tips merancang perbelanjaan dapur yang boleh anda cuba praktikkan:

1. Tips merancang perbelanjaan dapur – Senaraikan barang keperluan
Hanya beli barang keperluan yang memiliki keutamaan berbanding barang-barang lain. 

2. Tips merancang perbelanjaan dapur – Buat perbandingan harga
Buat perbandingan harga beberapa jenama. Pilihlah barangan yang harganya lebih murah dengan kualiti yang terbaik. 

3. Tips merancang perbelanjaan dapur – Beli terus dengan pembekal
Jika di kawasan sekitar rumah anda terdapat orang yang memiliki kebun sayur atau menternak ayam, beli terus dari mereka dengan harga yang semestinya lebih murah. 

4. Tips merancang perbelanjaan dapur – Minta diskaun
Jika anda menjadi pelanggan tetap di sesebuah kedai, minta diskaun ketika membeli. Tambahan pula jika keadaan barang itu kurang elok atau cacat tetapi masih boleh digunakan. 

5. Tips merancang perbelanjaan dapur – Beli secara pukal
Beli barangan runcit yang diguna setiap hari dan tahan lama dalam kuantiti yang banyak (mengikut kadar penggunaan). Misalnya belilah bawang, minyak masak, cili kering dan lain-lain keperluan dalam kuantiti yang banyak jika anda memasak setiap hari. Barang yang diguna setiap hari akan cepat habis, jika beli sedikit perlu kerap ke kedai dan ini akan membuang masa, tenaga dan merugikan petrol kereta anda.

6. Tips merancang perbelanjaan dapur – Barang keperluan vs kehendak
Abaikan pembelian makanan ringan, makanan kurang berkhasiat, makanan tidak berzat dan minuman ringan kerana ianya hanyalah barangan kehendak.

7. Tips merancang perbelanjaan dapur – Tanam sendiri
Gunakan sepenuhnya ruangan tanah di kawasan rumah anda (jika rumah teres) untuk bercucuk tanam seperti sayuran, serai, kunyit dan lain-lain yang sesuai dengan keluasan yang ada. 

8. Tips merancang perbelanjaan dapur – Beli di kedai runcit
Beli barangan dapur di kedai runcit biasa berhampiran rumah anda. Melainkankecuali jika barang yang diperlukan tiada di situ, barulah membeli di pasar raya. 

9. Tips merancang perbelanjaan dapur – Berhenti merokok
Berhenti merokok untuk menjimatkan perbelanjaan. Merokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan anda tetapi juga menyebabkan pembaziran.

10. Tips merancang perbelanjaan dapur – Bawa bekal ke sekolah atau pejabat
Masak di rumah setiap pagi untuk bekal ke sekolah atau pejabat. Selain daripada menjimatkan, kebersihan makan juga lebih terjamin. 

11. Tips merancang perbelanjaan dapur – Jangan terpedaya
Beli barangan yang hanya terdapat dalam senarai sahaja. Jangan mudah terpedaya dengan promosi ‘Beli 1 Percuma 1’. 

12. Tips merancang perbelanjaan dapur – Lihat tarikh luput
Periksa tarikh luput dan keadaan barangan sebelum membelinya. Pastikan ia berkeadaan baik dan tempoh tarikh luputnya masih lama. 

13. Tips merancang perbelanjaan dapur – Pastikan perut kenyang
Pastikan anda makan terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Jadi anda tidak perlu makan di luar. 

14. Tips merancang perbelanjaan dapur – Guna kupon dengan sebaiknya
Terdapat sesetengah pasar raya memberikan kupon diskaun atau mata ganjaran setelah anda membeli di premis mereka. Gunakan kupon itu dengan sebaik mungkin. 

15. Tips merancang perbelanjaan dapur – Membeli ketika murah
Ambil kesempatan untuk membeli belah ketika jualan murah. Namun perlu pastikan harga barangan benar-benar murah, bukannya diskaun 70% tetapi harga masih sama dengan harga asal di tempat lain. 

16. Tips merancang perbelanjaan dapur – Semak resit pembelian 
Semak resit sebelum meninggalkan kaunter pembayaran. Mungkin terdapat kesilapan yang merugikan kita. 

Diharapkan perkongsian tips merancang perbelanjaan dapur ini bermanfaat untuk anda. Apa yang penting anda harus merancang perbelanjaan agar tidak melebihi bajet anda. Fikir dahulu sebelum membeli. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...