Kesibukan tugasan seharian mungkin membuatkan kita tiada masa untuk diri sendiri. Ianya bukanlah alasan untuk kita terus mengabaikan kepentingan diri kita. Kali ini saya akan kongsikan beberapa tips hargai diri sendiri.
Tips Hargai Diri Sendiri - Sumber gambarawaken.com |
Sebelum ini telah dikongsi berkenaan tips melawan kesunyian di dalam artikel yang lalu. Beberapa tips hargai diri sendiri adalah seperti berikut:
1. Tips hargai diri sendiri - Berfikiran positif
Sesekali ketika anda bersendirian, fikirkan perkara-perkara positif tentang diri anda. Misalnya anda seorang yang rajin atau suka membantu orang lain. Walaupun ianya kelihatan kecil di mata orang lain, namun tentu anda akan berasa bangga.
2. Tips hargai diri sendiri - Dekatkan diri dengan Allah SWT
Perbanyakkan melakukan solat sunat, membaca al-quran dan berzikir. Dengan mendekatkan diri dengan Allah SWT pasti hati kita akan berasa tenang. Apabila kita hargai Allah SWT, pasti Allah SWT akan hargai kita.
3. Tips hargai diri sendiri - Bersenam
Luangkan waktu untuk melakukan senaman bagi mengekalkan kesihatan tubuh anda. Atau sekurang-kurangnya, pejamkan mata anda selama 2 minit dan fokuskan kepada ketenangan, pasti tekanan perasaan anda akan berkurangan.
4. Tips hargai diri sendiri - Fokus pada hobi
Pasti ada hobi yang anda sukai dan ingin melakukannya. Cuba anda fokus dan tekad untuk melakukannya. Misalnya jika anda suka pokok bunga, luangkan masa untuk menanam pokok bunga kegemaran anda.
5. Tips hargai diri sendiri - Bersantai
Sesekali ambil cuti untuk bersantai di tempat yang menenangkan, contohnya di pulau, air terjun atau kawasan perkampungan. Tidak perlu bercuti di luar negara kerana di Malaysia juga banyak tempat menarik untuk anda kunjungi.
6. Tips hargai diri sendiri - Beri Hadiah
Tidak perlu membeli hadiah yang mahal. Mungkin dengan hanya menghadiahkan untuk diri sendiri sejambak bunga atau sekotak coklat mampu membuatkan diri anda gembira.
7. Tips hargai diri sendiri - Manjakan diri di spa atau pusat kecantikan
Penampilan diri yang cantik, kemas dan rapi mampu membuatkan diri kita rasa lebih berkeyakinan dan ceria. Sesekali luangkan waktu untuk mengunjungi spa atau pusat kecantikan.
Tidak susah untuk menghargai diri sendiri kerana anda hanya perlu meluang sedikit masa sahaja. Oleh itu, hanya kita yang mampu menghargai diri kita sendiri. Semoga perkongsian mengenai tips hargai diri sendiri ini bermanfaat untuk anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan