Tips Bercuti di Pantai

Bercuti di pantai merupakan pengalaman yang indah kerana anda akan berasa tenang melihat keindahan alam semulajadi. Pada hari ini saya akan berkongsi mengenai tips bercuti di pantai yang perlu anda tahu.

Tips Bercuti di Pantai
Tips Bercuti di Pantai - Sumber gambar teaandcornbread.wordpress.com
Di Malaysia terdapat pelbagai pantai yang indah untuk dikunjungi seperti Port Dickson, Pulau Pangkor, Pulau Langkawi dan banyak lagi. Berikut adalah beberapa tips bercuti di pantai yang boleh anda praktikkan:


1. Tips bercuti di pantai - Bawa beg
Bawa backpack sahaja ketika bercuti di pantai. Seeloknya pilihlah beg dari jenis yang kalis air bagi mengelakkan barangan di dalamnya basah terkena air laut.

2. Tips bercuti di pantai - Pilih pakaian
Pilih pakaian yang selesa kerana kebiasaannya di pantai cuaca agak panas. Jangan lupa membawa selipar yang selesa (ringan) bagi memudahkan anda berjalan di pesisiran pantai. Pakai kaca mata hitam sekiranya berasa silau.

3. Tips bercuti di pantai - Pakai Sun Block
Cuaca panas di pantai boleh menyebabkan kulit anda terbakar dan menjadi gelap. Jangan lupa memakai sun block sebelum memulakan aktiviti anda di tepi pantai.

4. Tips bercuti di pantai - Bekalan air putih
Kepanasan di pantai boleh membuatkan anda cepat berpeluh. Jangan lupa membawa bekalan air putih secukupnya bagi mengelakkan kekeringan.

5. Tips bercuti di pantai - Bawa kamera
Bawa kamera bagi mengabadikan kenangan percutian di pantai bersama keluarga atau teman untuk dimuatnaik ke media sosial atau disimpan.

6. Tips bercuti di pantai - Masak makanan
Bawa makanan yang sudah dimasak seperti mee goreng, nugget/sosej goreng dan snek seperti kacang dan keropok. Kecuali jika anda berniat untuk memasak, bolehlah membawa dapur gas mudah alih atau peralatan untuk barbeque.

7. Tips bercuti di pantai - Wang secukupnya
Kebiasaannya kawasan pantai sukar untuk mendapat mesin ATM untuk pengeluaran wang. Sebaiknya anda bawa wang secukupnya untuk aktiviti pantai anda seperti snorkeling, menaiki banana boat, berkayak atau lain-lain aktiviti. 

8. Tips bercuti di pantai - Jaga keselamatan
Sentiasa berwaspada dengan mengikuti langkah keselamatan yang ditetapkan. Jika anda tidak pandai berenang, jangan mandi di tengah laut dan pakailah jaket keselamatan jika menjalankan aktiviti seperti berkayak atau snorkeling. Jika membawa anak kecil, pastikan mereka tidak bersendirian ketika mandi laut.

Semoga perkongsian tips bercuti di pantai ini memberi manfaat kepada anda yang ingin bercuti. Jadikan percutian anda sebagai kenangan terindah untuk diingati pada masa hadapan. Selamat bercuti diucapkan kepada anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...