Tips Mendidik Anak Semasa Mengandung

Mendidik seorang anak bermula dari saat ia menjadi janin lagi. Ianya adalah sebagai usaha untuk melahirkan anak yang sihat dan soleh. Kali ini saya akan kongsikan tips mendidik anak semasa mengandung.

Tips Mendidik Anak Semasa Mengandung
Tips Mendidik Anak Semasa Mengandung - Sumber gambar telegraph.co.uk
Beberapa tips mendidik anak semasa mengandung yang perlu dilaksanakan oleh suami dan isteri (ayah dan ibu) adalah seperti berikut:

1. Tips mendidik anak semasa mengandung – Menjaga solat 
Jangan tinggalkan solat lima waktu. Lakukan juga solat sunat seperti hajat, taubat dan tahajud. Berdoalah agar dikurniakan anak yang sihat, cerdik dan soleh. 

2. Tips mendidik anak semasa mengandung – Menjaga emosi 
Jaga emosi anda agar sentiasa stabil dan elakkan tekanan.

3. Tips mendidik anak semasa mengandung – Menjaga pemakanan
Pastikan makanan yang dimakan dari sumber yang halal. Ambil makanan seimbang untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.

4. Tips mendidik anak semasa mengandung – Menjaga perlakuan
Elakkan sifat-sifat Mazmumah. Sentiasa lakukan perkara-perkara yang baik seperti membantu orang lain dan bersedekah. 

5. Tips mendidik anak semasa mengandung – Menjaga pertuturan
Elakkan merungut dan mencarut apabila ditimpa musibah. Sebaliknya banyakkan beristighfar kepada Allah SWT. 

6. Tips mendidik anak semasa mengandung – Senyum dan sabar
Sentiasa bersabar dan redha di atas dugaan yang diberikan oleh Allah SWT. Sedekahkan senyuman kepada orang di sekeliling kita. 

7. Tips mendidik anak semasa mengandung – Lakukan amalan sunat
Perbanyakkan amalan sunat seperti berzikir dan membaca al-Quran.

8. Tips mendidik anak semasa mengandung – Lakukan aktiviti berfaedah
Isi masa lapang anda dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku-buku ilmiah, melakukan senaman ringan dan melakukan kerja rumah yang ringan. 

Oleh itu jangan memandang ringan terhadap didikan anak sejak di dalam kandungan. Semoga perkongsian mengenai tips mendidik anak semasa mengandung ini memberi manfaat kepada anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...