Memiliki wajah yang cantik dan muda menjadi idaman setiap wanita. Sehingga ada individu yang sanggup berhabisan duit untuk mengekalkan keremajaan kulit mereka. Kali ini saya akan kongsikan mengenai beberapa tips awet muda secara Islam.
Tips Awet Muda - Sumber gambar flickr.com |
Sebelum ini pernah dikongsikan mengenai petua merawat rambut secara tradisional. Tips awet muda yang boleh anda cuba lakukan adalah seperti berikut:
1. Tips awet muda - Ketika bangun Tidur
Baca doa selepas bangun tidur dan jangan terus gosok gigi. Ambil segelas air suam dan berselawat 3 kali. Teguk air dan biarkan air di dalam mulut selama 10 saat sebelum ditelan. Seeloknya air dihabiskan dengan 7 kali tegukan. Kemudian gosok gigi seperti biasa.
(Air liur pada waktu pagi mengandungi enzim yang baik untuk sistem pencernaan).
2. Tips awet muda - Ketika mandi
Berselawat 3 kali dan mulakan mandi dengan menjiruskan air di bahagian kaki. Seterusnya jirus air ke lutut dan naik hingga ke kepala.
(Mandi cara ini boleh mengeluarkan suhu panas di dalam badan).
3. Tips awet muda - Ketika membersihkan wajah
Gunakan hanya 3 jari tengah ketika membersihkan wajah anda. Mulakan membersihkan wajah dari bahagian bawah dagu hingga ke pipi, hidung dan dahi sambil berselawat 3 kali.
(Urutan wajah dari atas ke bawah boleh mempercepatkan kedutan kulit).
4. Tips awet muda - Ketika selepas solat Subuh
Berdoa semoga wajah kelihatan berseri dan awet muda sepeti Nabi Yusuf a.s. Baca al-Quran selepas solat.
5. Tips awet muda - Ketika bersenam
Hirup udara segar di luar rumah anda pada waktu pagi. Berjalanlah tanpa memakai kasut di halaman yang berumput dan masih berembun. Kemudian lakukan senaman ringan selama 15 minit untuk cergaskan badan.
6. Tips awet muda - Ketika bersolek
Gunakan alat solek yang mengandungi kurang bahan kimia. Ketika melihat cermin, baca selawat 3 kali di kedua tapak tangan dan rautkan ke wajah anda dari bawah ke atas. Berdoa, "Ya Allah, Kau telah menciptakan tubuhku sedemikian indah, maka perindahkan juga moral dan akhlakku."
7. Tips awet muda - Ketika makan
Baca doa makan dan makan dengan 40 kali kunyahan bagi satu suapan. Berhenti makan sebelum kenyang. Elak makan diselang selikan dengan minum air. Seelok-eloknya minumlah air setelah setengah jam selepas makan.
8. Tips awet muda - Ketika melaksanakan kerja
Mulakan hari anda dengan senyuman. Apabila kita senyum otot di muka kita akan bergerak dan awet muda. Mulakan kerja anda dengan niat kerana Allah SWT. Sentiasa bertenang dan positif di dalam menghadapi tekanan kerja.
9. Tips awet muda - Ketika sebelum tidur
Tidur awal dan berniat bangun awal untuk solat sunat Tahajud. Baca doa sebelum tidur, 1 kali Surah (al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas, Ayat Kursi), 10 kali Selawat dan 21 kali Bismillah. Maafkan semua orang sebelum anda tidur.
10. Tips awet muda - Ketika di sepertiga malam
Ambil wuduk dan solat sunat (Tahajud, Hajat, Taubat dan Witir). Bacalah al-Quran dan berzikir. Doakan semoga kita dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan dari Allah SWT.
Semoga perkongsian mengenai tips awet muda ini bermanfaat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Apa yang penting ianya harus dilakukan secara konsisten dan ikhlas untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan