Asam keping atau juga dikenali sebagai asam gelugur adalah salah satu bahan penyedap menambah rasa masam yang digunakan dalam masakan. Selain digunakan dalam masakan, ia juga bermanfaat sebagai salah satu ikhtiar di dalam mengawal tekanan darah tinggi.
Petua mengawal tekanan darah tinggi menggunakan asam keping ini dikongsikan oleh seorang kawan. Sebelum ini tekanan darahnya sekitar 160/100. Alhamdulillah setelah mencuba petua ini tekanan darahnya kini tidak melebihi 130/90.
Bahan-bahan:
2 asam keping
2 inci halia (diketuk)
1 helai daun pandan (dipotong kecil)
2 cawan air (boleh guna tapis)
Periuk
Cara membuat:
- Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk.
- Reneh menggunakan api kecil sehingga air tinggal lebih kurang secawan.
- Air rebusan ini boleh diminum ketika masih suam. Pastikan perut tidak kosong ketika minum. Jika anda ada sakit gastrik, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mencuba minum air rebusan asam keping ini.
Amalkan minum air rebusan asam keping ini pada setiap hari secara konsisten. Insyaa Allah anda akan merasakan perubahan. Tekanan darah tinggi akan semakin turun dan dapat dikawal. Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan