Teknik Pemilihan Barang Kemas Emas: Kosong vs Padu

Barang kemas emas adalah pelengkap kepada gaya dan penampilan seorang wanita. Selain boleh dijadikan sebagai aksesori yang dipakai di badan, barang kemas juga boleh disimpan dan dapat ditukar kepada wang pada waktu yang benar-benar terdesak memerlukan wang.

Teknik Pemilihan Barang Kemas Emas: Kosong vs Padu
Teknik Pemilihan Barang Kemas Emas: Kosong vs Padu


Pada kali ini akan dibincangkan mengenai beberapa pro dan kontra di dalam pemilihan barang kemas emas seperti berikut:

1. Barang kemas besar tapi kosong (hollow) vs barang kemas kecil tapi padu

Terdapat wanita yang suka membeli barang kemas yang saiz kelihatan besar, tapi di dalamnya kosong (hollow). Namun ada juga yang suka membeli barang kemas yang ringkas dan kecil tapi padu. Realitinya, barang kemas yang kosong mudah kemek, pecah atau putus jika terkena tekanan atau suhu yang tinggi seperti ketika menjalankan aktiviti memasak atau memgemas rumah. Manakala barang kemas yang padu lebih kukuh dan tidak mudah kemek atau putus. 


2. Barang kemas untuk simpan vs barang kemas untuk pakai setiap hari

Jika tujuan membeli barang kemas untuk dipakai pada setiap hari, sebaiknya pilihlah barang kemas yang padu kerana ia lebih tahan lasak untuk dipakai sepanjang masa. Manakala jika anda berhasrat membeli barang kemas untuk disimpan atau sebagai pelaburan jangka masa panjang, bolehlah membeli barang kemas yang lebih ringan mengikut citarasa anda. Namun, jika untuk pelaburan selalunya akan mengambil masa yang panjang bagi memperoleh keuntungan. Ini kerana dalam tempoh masa 2-3 tahun selepas membeli harga emas tidak banyak berubah. 


3. Barang kemas ikut gaya terkini vs barang kemas kekal di badan

Ada wanita yang membeli barang kemas mengikut gaya terkini. Golongan ini selalunya tidak kisah sama ada barang kemas yang dibeli kosong (hollow) atau padu. Ini kerana apabila terdapat rekaan terkini, selalunya mereka akan menukar barang kemas lama kepada rekaan yang baru. Namun, bagi anda yang ingin memakai barang kemas secara kekal di badan seeloknya pilihlah barang kemas yang padu walaupun saiz kecil. 


Oleh itu, fahami terlebih dahulu jenis barang kemas yang akan dibeli mengikut citarasa dan bajet anda. Ini bagi mengelakkan anda rasa menyesal jika tersalah pilih. Kepada anda yang membeli barang kemas yang tidak dipakai, jangan lupa untuk membayar zakat emas jika telah cukup uruf. Kadar uruf adalah berbeza mengikut negeri yang berbeza (boleh rujuk laman sesawang zakat negeri yang berkaitan). 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...