Petua Tradisional Melunakkan Suara

Petua tradisional melunakkan suara ini sering diamalkan oleh penyanyi lagu-lagu tradisional lama. Walau pun ianya petua lama, namun ianya masih sesuai untuk diamalkan pada masa kini. 

Petua Tradisional Melunakkan Suara - Gambar kredit: singwise.com

Beberapa petua tradisonal untuk melunakkan suara adalah seperti berikut:

1. Melunakkan suara dengan limau nipis dan air suam

Perah air sebiji limau nipis ke dalam segelas air suam. Tambahkan sedikit gula batu dan sesuai diminum pada waktu pagi (sebelum gosok gigi). 


2. Melunakkan suara dengan air embun

Isi air kosong ke dalam gelas yang ditutup dan letakkan di luar rumah. Biarkan ia berembun semalaman di luar rumah. Minum air ini pada keesokan pagi iaitu sebelum menggosok gigi atau mencuci muka. Berselawat ke atas nabi Muhammad SAW terlebih dahulu sebelum minum. 


3. Melunakkan suara dengan menjaga pemakanan

Kurangkan minum ais batu untuk menjaga suara. Sebaliknya ganti dengan minuman air suam. Makanan yang terlalu berminyak dam terlalu pedas juga tidak baik untuk anda yang ingin menjaga suara. 


4. Melunakkan suara dengan latihan pernafasan

Latihan pernafasan adalah penting bagi melatih diri dengan suara yang panjang. Latih diri dengan cara menarik nafas dalam-dalam sehingga perut terasa keras dan tahan nafas selama 10 saat. Ulang latihan ini pada setiap hari dengan menambah tempoh tahan nafas iaitu dari 10 saat ke 15 saat, 20 saat dan seterusnya. 


5. Melunakkan suara dengan air garam

Air garam merupakan antiseptik semulajadi yang baik untuk membersihkan dan memulihkan kerongkong yang iritasi akibat bakteria. Apabila kerongkong bersih, suara akan menjadi lebih lunak.


Semoga perkongsian petua tradisional melunakkan suara ini bermanfaat untuk dicuba. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...