Terdapat beberapa jenis tepung beras yang dijual di pasaran. Walau pun ia kelihatan sama pada pandangan mata kasar, namun ia memiliki perbezaan di dalam struktur tepung dan kegunaannya juga berbeza. Jika anda perhatikan betul-betul, sebenarnya terdapat juga perbezaan pada label bungkusan tepung beras yang dijual. Kesalahan memilih jenis tepung ini akan menyebabkan masakan yang dimasak tidak menjadi.
Perbezaan Jenis Tepung Beras |
1. Tepung beras cap 1 gajah
- Ia sesuai digunakan sebagai adunan untuk menggoreng makanan seperti pisang, cempedak, keledek, ikan goreng celup tepung dan ayam goreng mamak.
- Ia juga sesuai dibuat rempeyek dan tumpi kacang.
- Tepung ini menghasilan adunan yang sangat rangup.
2. Tepung beras cap 3 gajah
- Tepung beras jenis ini sesuai untuk membuat kuih muih tradisional seperti kuih koci dan apam beras.
- Kuih muih yang dihasilkan lembut dan berkilat.
3. Tepung beras cap 5 gajah
- Tepung jenis ini sesuai dibuat pelbagai jenis mi dan laksa.
- Tepung ini akan menghasilkan adunan yang lebih kental.
4. Tepung beras cap teratai
- Tepung jenis ini sesuai dibuat rempeyek dan apam.
- Rempeyek/ tumpi yang dibuat rasa rangup.
- Namun, apam yang dibuat daripada tepung ini akan berasa kurang rasa tepungnya.
Semoga perkongsian mengenai jenis tepung beras ini dapat menambah ilmu dalam bidang masakan dan menjadi panduan di dalam pemilihan tepung beras yang sesuai. Selepas ini tidaklah tepung beras dipersalahkan jika resipi masakan tidak menjadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan