Tip Merawat Ikan Laga Betta Sakit

Memelihara ikan hiasan laga betta merupakan salah satu terapi terbaik dan menenangkan. Ianya juga baik untuk melatih anak kecil supaya lebih berdisiplin terutamanya dalam aspek penjagaan seperti memberi ikan makan dan menukar air tangki. Namun, jika ikan laga betta sakit, anda perlu merawatnya dengan segera agar penyakit tidak berlarutan. Baru-baru ini seekor ikan laga betta yang saya bela tiba-tiba kelihatan murung dan tidak berselera untuk makan. 

Ikan laga betta sakit
Kelihatan benjolan bewarna kemerahan muncul di luar insang ikan laga betta

Ikan laga betta berkenaan berada dalam kedudukan seperti mengiring di dasar tangki. Setelah saya perhati, rupa-rupanya ikan laga betta berkenaan sakit disebabkan benjolan yang bewarna kemerahan muncul di luar insang ikan.

Tangki rawatan ikan laga betta
Ikan laga betta sedang dirawat dalam tangki rawatan

Saya segera bertindak merawat ikan laga betta ini. Rawatan perlu dilakukan pada waktu awal pagi (sekitar pukul 6-7 pagi) bagi mengelak ikan mengalami tekanan kerana cuaca panas. Kaedah rawatan yang dijalankan adalah seperti berikut:

  1. Masukkan 1/4 air bersih ke dalam tangki rawatan.
  2. Masukkan 1/2 sudu kecil garam ke dalam air dan larutkan (saya guna garam bukit yang warna pink tu).
  3. Masukkan ikan ke dalam air garam dan biarkan selama 15 minit.
  4. Sementara itu, tukar air dalam tangki ikan dengan memasukkan air bersih yang baru sebanyak 1/2 tangki sahaja. Titiskan 3-5 titik cecair akira (daun ketapang). Setelah 15 minit, pindahkan ikan ke dalam tangki ini.
  5. Ulang langkah 1-4 seperti di atas selama 3 hari berturut-turut.
  6. Pada hari ke-4 hingga 7, tukar air pada setiap hari dan tambahkn cecair akira.
Semoga perkongsian kaedah merawat ikan laga betta sakit pada kali ini bermanfaat kepada anda yang juga mengalami masalah ikan laga betta yang ada simptom sakit seperti ini. Syukur ikan laga betta saya kini telah kembali sihat seperti dahulu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...