Gincu adalah pelengkap kepada solekan di wajah. Bibir tanpa gincu kelihatan pucat dan tidak bermaya. Namun, bagaimana cara untuk mengekalkan warna gincu di bibir?
Mengekalkan warna gincu di bibir - Gambar kredit: huffpost.com |
Kali ini dikongsikan beberapa tip untuk mengekalkan warna gincu di bibir seperti berikut:
1. Kekalkan gincu di bibir dengan bedak asas
Sapukan sedikit bedak asas pada bibir. Kemudian pakai gincu seperti biasa. Pasti warna gincu akan kekal di bibir.
2. Kekalkan gincu di bibir dengan tisu
Jika gincu anda jenis berkilat atau sedikit berminyak, ianya jenis glossy. Oles gincu di bibir anda seperti biasa. Kemudian tekap bibir dengan sehelai tisu bagi menghasilkan kemasan gincu yang kelihatan matte dan kekal lama.
3. Pilih gincu jenis matte
Gincu jenis matte kekal lama warnanya. Namun, sebelum mengoleskan gincu jenis matte di bibir anda, sapukan pelembap bibir terlebih dahulu. Ini kerana gincu jenis matte mungkin akan mengeringkan bibir anda.
Oleh itu, pilihlah gincu yang sesuai dengan bibir anda. Apa yang penting, pilihlah gincu yang diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti untuk mengekalkan kelembapan dan kecantikan semulajadi bibir anda. Diharap perkongsian tip mengekalkan warna gincu di bibir ini dapat membantu anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan