Tip Jimat Elektrik

Salah satu daripada komitmen perbelanjaan di rumah pada setiap bulan adalah pembayaran bil elektrik. Penggunaan elektrik pada setiap hari boleh dijimatkan dengan beberapa cara. 

Jimat elektrik
Jimat elektrik - Gambar kredit: ways2gogreenblog.com

Pada kali ini akan dikongsikan beberapa tip jimat elektrik seperti berikut:

1. Tip Jimat Elektrik - Lampu

  • Padam lampu di bilik atau ruang dalam rumah jika tiada yang menggunakannya.
  • Gunakan hanya satu mentol lampu besar jika memerlukan lebih pengcahayaan dalam satu ruang berbanding menggunakan banyak mentol bersaiz kecil.
  • Pasangkan lampu di luar rumah hanya bila perlu sahaja. 
  • Pilih lampu dan warna yang reflective untuk siling dan dinding sesuatu ruang di rumah.
  • Pastikan mentol lampu tidak diselaputi habuk kerana ianya akan memberikan kesan terhadap tahap pengcahayaan lampu berkenaan.
  • Gunakan lampu berteknologi seperti LED yang menjimatkan tenaga serta mengurangkan radiasi yang berbahaya terhadap kesihatan.


2. Tip Jimat Elektrik - Mesin basuh

  • Elakkan penggunaan mesih basuh melebihi muatan. Selain pakaian yang dibasuh kurang bersih, ianya juga menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.
  • Jangan membasuh baju dalam kuantiti sedikit. Pastikan muatan penuh bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Namun, jangan melebihu muatan yang ditetapkan. 


3. Tip Jimat Elektrik - Peti sejuk:

  • Bersihkan habuk  yang terdapat di koil peti sejuk.
  • Freezer yang penuh akan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Oleh itu, sekiranya freezer peti sejuk kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.
  • Elakkan menyimpan makanan panas atau yang baru dimasak ke dalam peti sejuk. Sejukkan dahulu di suhu bilik sebelum menyimpan dalam peti ais.
  • Elakkan kerap membuka dan menutup peti sejuk tanpa sebab. Ini kerana peti sejuk akan menggunakan lebih banyak tenaga. 
  • Setkan suhu minima peto sejuk jika anda mahu keluar bercuti atau pulang ke kampung dalam tempoh masa yang lama. 


4. Tip Jimat Elektrik - Kipas angin dan  Penyaman Udara

  • Gunakan kipas angin berbanding penyaman udara untuk menjimatkan penggunaan tenaga. 
  • Jika menggunakan penyaman udara, pastikan ruang atau bilik berkenaan bertutup sepenuhnya bagi menjimatkan tenaga.


5. Tip Jimat Elektrik - Seterika

  • Beli pakaian jenis fabrik yang tidak perlu diseterika atau mudah diseterika. 
  • Pilih fabrik untuk cadar, sarung bantal, langsir, alas meja atau lain-lain fabrik, dari jenis fabrik yang tidak perlu diseterika.
  • Keluarkan pakaian baru dibasuh yang perlu digosok dari mesin pengering ketika ia masih lembap bagi mengelakkan ia tidak terlalu berkedut dan memudahkan untuk menggosok pakaian berkenaan.


6. Tip Jimat Elektrik - Ketuhar Gelombang Mikro

  • Penggunaan ketuhar gelombang mikro atau microwave sebenarnya menjimatkan tenaga. Ia juga mengurangkan masa memasak sebanyak 15 hingga 20 peratus.


7. Tip Jimat Elektrik - Penggunaan peralatan elektrik

  • Tutup semua suis peralatan elektrik dalam rumah  jika tidak digunakan. Didik ahli keluarga yang lain juga supaya menutup suis lampu, kipas atau alatan lain yang tidak digunakan. 
  • Pilih dan beli peralatan elektrik yang jimat tenaga. Kebiasaannya peralatan elektrik yang dijual akan ditampal jumlah penggunaan tenaga dan bintang. 


Oleh itu, semak bil eletrik pada setiap bulan. Perhatikan sama ada bil elektrik semakin berkurangan atau semakin meningkat. Jika semakin meningkat, cubalah tip-tip menjimatkan elektrik seperti di atas. Lihat juga sekiranya anda ada membeli peralatan elektik yang baru yang mungkin meningkatkan penggunaan tenaga. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan