Resipi Tomyam Sihat

Resipi tomyam yang saya kongsi ini tidak menggunakan perencah segera/ pes tomyam atau bahan penambah perisa. Resipi tomyam sihat ini sangat sesuai kepada anda yang sedang berdiet dan mengurangkan minyak dalam makanan. Ia juga sesuai untuk anak-anak kecil kerana tidak menggunakan bahan penambah perisa. 

Bahan-bahan dan cara memasak tomyam sihat adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:

  • Ayam atau makanan laut yang digemari
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 inci lengkuas- diketuk
  • 1/2 biji bawang Holland saiz sederhana (saya guna bawang besar sebab tiada stok bawang Holland) - dipotong bulat
  • 2 biji cili padi - diketuk
  • 5 helai daun limau purut
  • Sayur-sayuran yang disukai seperti lobak merah, kubis, bunga kubis, jagung muda, cendawan
  • 1 biji tomato (saiz besar) - dipotong
  • 5 biji limau kasturi - diperah ambil air sahaja
  • Sunquick perisa oren
  • Garam
  • Air kosong

Cara memasak:
  1. Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan. Masukkan air ke dalam periuk dan panaskan di atas api.
  2. Apabila air mula mendidih sedikit, masukkan serai, lengkuas, bawang besar dan cili padi ke dalam periuk. 
  3. Masukkan sayur-sayuran, tomato, ayam/ makanan laut dan daun limau purut. Tambah sedikit sunquick, air perahan limau kasturi dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  4. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas dan telur dadar. Atau boleh diratah makan begitu sahaja. Boleh juga dimakan bersama bihun atau mi kering. 
Semoga perkongsian resipi tomyam sihat ini bermanfaat untuk dicuba. Kurangkan makanan berminyak, bergaram dan manis untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan