Teknik Menggoreng Ikan Pekasam Tidak Hancur

Ikan pekasam goreng sedap dimakan bersama nasi panas atau pulut. Walau pun baunya kurang menyenangkan, namun apabila siap digoreng dengan sedikit rencah tambahan pasti ianya menjadi hidangan pembuka selera. Untuk menggoreng ikan pekasam supaya tidak hancur juga memerlukan teknik tertentu. 

Teknik menggoreng ikan pekasam supaya ia tidak hancur adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan pekasam (saya guna ikan lampam)
  • 1/2 biji bawang besar saiz besar (jika saiz kecil guna 1 biji) - dihiris
  • 2 biji cili padi merah - dihiris
  • Minyak masak

Teknik Menggoreng Ikan Pekasam Tidak Hancur
Teknik Menggoreng Ikan Pekasam Tidak Hancur

  1. Sediakan bahan utama iaitu ikan pekasam, bawang besar dan cili padi. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan biarkan minyak betul-betul panas (minyak secukup sahaja, jangan banyak).
  2. Goreng ikan pekasam seperti biasa. Apabila telah garing kedua-dua bahagian, angkat dan letakkan dalam pinggan.
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng bawang besar dan cili padi. Tabur bawang dan cili padi goreng ke atas ikan pekasam.
  4. Ikan pekasam sedia untuk dihidang.
*Tip ekstra:
Pastikan kuali yang digunakan untuk menggoreng ikan pekasam digosok bersih bahagian dalam dengan berus dawai bagi mengelakkan ikan melekat di kuali ketika menggoreng.

Semoga perkongsian teknik menggoreng ikan pekasam ini bermanfaat untuk anda cuba. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan