Tubuh badan yang berbau harum akan meningkatkan keyakinan diri seseorang. Amalan turun-temurun mengharumkan badan ini telah diamalkan oleh nenek moyang kita sejak zaman dahulu. Petua ini hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya.
Petua Tradisional Mengharumkan Bau Badan - Gambar kredit: freepik.com |
Bahan-bahan ini mudah didapati di dapur anda sahaja. Petua mengharumkan badan adalah seperti berikut:
1. Mengharumkan bau badan dengan daun pandan
- Potong kecil 15 hingga 20 helai daun pandan. Kemudian kisar daun pandan ini dengan sedikit air. Tapis dan ambil jus daun pandan untuk dijadikan sebagai mandian.
- Campurkan jus daun pandan dengan air biasa di dalam baldi. Gosokkan jus ini di celah ketiak dan pelipat badan. Ia akan mengeluarkan bau yang harum. Amalkan sekali seminggu. Ia baik untuk mengatasi masalah bau badan.
2. Mengharumkan bau badan dengan kulit buah oren
- Cincang halus kulit buah oren. Kemudian celur kulit oren ini ke dalam secawan air panas yang mendidih. Biarkan sehingga ia menjadi kuning dan lembut.
- Sapukan air limau tersebut ke seluruh badan setiap kali selepas mandi. Badan akan berasa segar dan berbau harum.
3. Mengharumkan bau badan dengan serai dan daun pandan
- Ambil tiga batang serai (diketuk) dan dua helai daun pandan. Rebus serai dalam dua cawan air. Kemudian tambahkan daun pandan. Tutup dengan penutup periuk. Rebus sehingga air rebusan tinggal lebih kurang satu cawan.
- Minum air rebusan ini ketika ianya masih suam. Pasti badan anda akan berbau harum.
Semoga perkongsian petua mengharumkan badan ini bermanfaat untuk diamalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan