Tahukah anda, terumbu karang merupakan habitat semulajadi kepada ikan-ikan di lautan? Terumbu karang juga merupakan salah satu daripada daya tarikan pelancong di dalam pengembaraan melihat khazanah di dasar laut ketika mereka melakukan aktiviti snorkeling atau menyelam di kawasan Taman Laut. Tanpa kita sedari, terumbu karang kini terancam akibat masalah kelunturan karang (coral bleaching).
Kelunturan karang - Gambar kredit: theguardian.com |
Apakah itu kelunturan karang?
Kelunturan karang berlaku apabila warna asal pada karang iaitu kecoklatan atau kehijauan berubah kepada warna putih pucat.
Sebenarnya pada permukaan karang terdapat sejenis alga (zooxanthellae) yang berfungsi untuk memberikan pigmen warna dan nutrien kepada karang. Namun, apabila alga ini mati, ia akan menyebabkan masalah kelunturan karang.
Kematian alga (zooxanthellae) adalah disebabkan oleh:
- Peningkatan suhu air akibat pemanasan global dan perubahan kualiti air seperti kemasinan air secara drastik
- Cahaya dan sinar ultraungu berlebihan dari matahari
- Serangan daripada pemangsa seperti Crown of Thorns (Tapak Sulaiman)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan