Idea untuk membuat bergedil ikan ini tercetus apabila melihat banyak ikan goreng yang tidak habis dimakan. Jika sebelum ini, ikan goreng ini saya masak sambal ikan sahaja. Untuk kelainan, pada kali ini ikan goreng berkenaan diolah menjadi bergedil untuk dimakan semasa minum petang.
Bergedil Ikan |
Bahan-bahan untuk sediakan bergedil ikan juga tidak banyak dan semuanya bahan asas yang telah tersedia di dapur.
Bahan-bahan bergedil ikan:
- 5 ekor ikan selar goreng (ambil isi sahaja)
- 2 biji ubi kentang (dibuang kulit dan dibelah 4)
- 2 biji bawang besar (dihiris halus dan digoreng garing)
- 1 ulas bawang putih (dihiris halus dan digoreng garing)
- 2 biji telur (dipukul)
Cara membuat Bergedil Ikan:
- Goreng ubi kentang hingga masak, angkat dan toskan minyak.
- Kisar ubi kentang hingga lumat.
- Kemudian kisar isi ikan goreng hingga lumat.
- Gaulkan semua bahan yang dikisar ini.
- Bentukkan adunan menjadi leper dan celupkan dalam telur.
- Goreng dalam minyak panas hingga warna kuning keemasan.
- Angkat dan toskan. Bergedil ikan sedia dihidang untuk minum petang.
Selain daripada ikan, anda juga boleh gantikan dengan ayam goreng yang tidak habis dimakan untuk membuat bergedil ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan