Pelbagai kaedah tradisional yang boleh dicuba untuk mengeluarkan angin dari badan. Salah satunya adalah dengan minum air rebusan herba. Kaedah ini hanya menggunakan tiga bahan dapur sahaja. Selain daripada mudah disediakan, air rebusan ini menggunakan bahan-bahan semulajadi dan tidak menggunakan bahan kimia berbahaya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- 1 batang serai (diketuk)
- 1 inci halia (diketuk)
- 1 sudu besar halba
- 3 cawan air bertapis
- Sedikit madu (kali ini saya tidak campur madu)
Cara menyediakannya adalah seperti berikut:
- Masukkan serai, halia, halba dan air ke dalam periuk.
- Masak di atas api yang sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1 cawan.
- Masukkan air rebusan ke dalam cawan dan boleh dicampur dengan sedikit madu jika suka.
- Air ini boleh diminum ketika masih suam.
- Sebaiknya berselawat terlebih dahulu ke atas nabi Muhammad SAW sebelum diminum.
Air rebusan herba ini adalah kaedah tradisional yang dapat mengeluarkan angin dari badan. Sakit kepala akan berkurangan dan badan akan rasa semakin ringan apabila angin keluar dari badan. Sebaiknya dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum mencuba kaedah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan