Lingkaran hitam bawah mata pasti akan membuatkan wajah kelihatan kusam dan tidak bermaya. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan terjadinya lingkaran hitam bawah mata. Ianya terjadi mungkin disebabkan oleh keletihan, pertambahan usia atau tidak cukup tidur.
Hilangkan Lingkaran Hitam bawah Mata (Gambar kredit - glamour. com) |
Lingkaran hitam bawah mata boleh diatasi dengan beberapa kaedah semulajadi dan moden seperti berikut:
1. Hilangkan lingkaran hitam bawah dengan mata teh
Ambil uncang teh yang telah digunakan dan simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit. Letakkan uncang itu di atas kawasan mata dan biarkan selama 15 minit.
2. Hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan timun/ kentang
Potong nipis sebiji timun dan lekapkan hirisan timun itu di mata anda. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air. Boleh juga gunakan kentang dan caranya sama seperti timun.
3. Hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan daun pudina
Lenyekkan beberapa helai daun pudina segar dan letakkan di bawah mata. Biarkan selama 10 minit dan boleh dibilas sdengan air.
4. Hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan madu
Ambil sebiji kuning telur dan campurkan dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan pada sekeliling mata dan biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air. Boleh dilakukan sebelum tidur.
5. Hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan krim rawatan
Terdapapelbagai jenama krim rawatan yang dijual di farmasi untuk mengurangkan lingkaran hitam bawah mata. Pakai secara konsisten untuk hasil yang berkesan.
Oleh itu, pilihan di tangan anda untuk memilih kaedah yang bersesuaian bagi menghilangkan lingkaran hitam bawah mata. Pilihkan kaedah yang selamat serta tidak memudaratkan kesihatan anda dan tidak menggunakan bahan kimia berbahaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan