Pemilihan langsir yang sesuai adalah penting bagi menghasilkan ruang yang kelihatan luas, selesa dan kelihatan menarik. Peranan langsir bukan hanya sebagai penghadang cahaya, tetapi juga untuk membuatkan ruangan kelihatan sejuk mata memandang.
Tip Memilih Langsir (Sumber gambar - moyuc.com)
Salah memilih langsir pasti membuatkan ruangan kelihatan sesak, sempit dan serabut. Panduan asas pemilihan langsir adalah seperti berikut:
1. Ukuran langsir
Pilihan ukuran langsir sama ada anda mahu panjang langsir bermula dari panel tingkap atau bermula dari bahagian atas tingkap (dari siling). Pemilihan langsir yang bermula dari siling akan menampakkan ruang kelihatan lebih tinggi. Ukuran lebar langsir perlu dilebihkan sebanyak lapan inci di bahagian kiri dan kanan langsir supaya ia kelihatan berlapis dan cantik apabila diselak.
2. Jenis langsir
Fabrik langsir yang sesuai untuk ruang rasmi seperti bilik pejabat adalah jenis fabrik yang tebal seperti sutera baldu atau campuran rayon sutera dan kapas yang mempunyai bukaan besar. Manakala untuk ruang santai seperti di bilik tidur boleh menggunakan fabrik jenis linen, baldu lembut dan kapas campuran.
3. Corak dan warna langsir
Jika dinding telah dipasang kertas dinding (wall paper) bercorak penuh, pemilihan fabrik langsir yang sesuai adalah warna polos supaya ruangan kelihatan tidak serabut. Sebaliknya jika dinding bercorak polos, anda bolehlah memilih fabrik langsir bercorak. Elakkan pemilihan corak fabrik langsir yang sama dengan warna fabrik sofa.
Oleh itu, pemilihan langsir yang bersesuaian untuk ruangan di dalam rumah adalah penting bagi menyerikan serta menceriakan bahagian dalam rumah anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan