Tubuh kita mengandungi hampir 70% air. Air putih adalah bendalir yang penting bagi mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan kita. Selain bermanfaat untuk kesihatan, air putih juga bagus untuk mendapatkan kulit yang cantik. Kita disarankan untuk minum air putih sekurang-kurangnya sebanyak lapan gelas air putih pada setiap hari.
Minum lapan gelas air putih setiap hari (Foto kredit: haguewaterofmd.com) |
1. Selepas bangun dari tidur
Minum dua gelas air putih membantu menggerakkan organ dalaman badan.
2. 30 minit sebelum makan tengahari/ petang/ malam
Minum satu gelas air putih membantu mencerna dan menghadamkan makanan.
3. Sebelum mandi pagi/ petang
Minum satu gelas air putih membantu merendahkan tekanan darah.
4. Sebelum masuk tidur
Minum satu gelas air putih membantu mengelakkan terkena strok atau serangan jantung.
Oleh itu, bersamalah kita mengamalkan minum air putih demi untuk kesihatan dan kecantikan kita. Pastikan pengambilan air putih melebihi lapan gelas pada setiap hari. Semoga petua sihat dengan air putih ini bermanfaat untuk amalan kita bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan