Tip Merawat Selsema

Anda pasti merasa rimas apabila diserang selsema secara tiba-tiba. Tambahan pula jika kerap bersin dan hidung berair. Selain mengambil ubatan farmasi, pasti ada yang mencari alternatif lain untuk merawat selsema. Pada kali ini dikongsikan bebarapa kaedah alternatif yang boleh anda cuba sendiri di rumah bagi mengurangkan gejala selsema. 


Merawat Selsema
Merawat Selsema (Gambar hiasan kredit) - northsideent. com 

Beberapa kaedah alternatif yang boleh dicuba untuk merawat selsema adalah seperti berikut:

1. Merawat selsema dengan air

Kaedah ini boleh dicuba dengan cara memasukkan sedikit air ke dalam sebelah lubang hidung, manakala sebelah lagi lubang hidung ditutup. Hembus keluar air dari hidung. Ulangi untuk kedua-dua belah hidung sebanyak beberapa kali sehingga hingus berkurangan.


2. Merawat selsema dengan air suam

Banyakkan minum air suam untuk melegakan selsema. Air suam mengandungi pelbagai manfaat untuk tubuh anda. Elakkan pengambilan minuman berais ketika selsema. 


3. Merawat selsema dengan sup ayam

Masak sup ayam dan makan ketika ia masih panas bagi merawat selsema. Anda juga boleh menambah herba goji berries di dalam sup ketika memasak. 


4. Merawat selsema dengan minyak ikan kod

Minum satu sudu besar minyak ikan kod bagi merawat selsema. Mungkin ada yang tidak sanggup minum minyak ikan kod perisa asli kerana rasanya yang hanyir dan bau yang agak kuat. Jadi sebaiknya beli minyak ikan kod yang berperisa seperti minyak ikan kod Scott's Emulsion perisa oren. 


Kaedah merawat selsema seperti di atas mungkin memberikan hasil lambat, namun ianya selamat kerana tanpa ubat-ubatan merbahaya. Sebaik-baiknya tutup mulut anda dengan tisu atau sapu tangan ketika bersin bagi mengelakkan selsema berjangkit kepada orang lain. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Sila berjumpa doktor dengan segera jika selsema berlarutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...