Sihat dan Cantik dengan Daun Pudina

Daun Pudina adalah sejenis herba yang tergolong dalam spesies mentha. Ia mudah untuk ditanam di rumah. Daunnya bergerigi dan ia mempunyai bau yang segar apabila dikunyah. Daun pudina mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan kecantikan. 

Sihat dan Cantik dengan Daun Pudina
Sihat dan Cantik dengan Daun Pudina
Foto kredit: fito.lovebody.ru

Daun pudina segar enak dimakan bersama nasi putih dan sambal belacan. Beberapa khasiat daun pudina untuk kesihatan dan kecantikan adalah seperti berikut:

Daun pudina mengatasi masalah ketidakhadaman

Pengambilan daun pudina membantu melancarkan  saluran pencernaan. Ianya juga bermanfaat untuk merawat cirit-birit. Bagi anda yang merancang untuk mengurangkan berat badan, boleh gunakan daun pudina untuk detoks toksin keluar dari badan.


Daun pudina mengatasi masalah berkaitan saluran pernafasan dan sakit kepala

Pengambilan daun pudina dapat melegakan demam selsema, sakit kepala dan menghilangkan rasa mual. Penyakit batuk dan lelah juga boleh dirawat dengan daun pudina. Ambil segelas air panas dan rendamkan beberapa helai daun pudina dan terus diminum. Campuran pudina dalam ubat gigi dapat mengatasi  masalah nafas berbau.


Daun pudina merawat masalah kulit

Masalah kulit seperti jerawat, bintik hitam, kulit kusam, kulit kering, lebam bawah mata dan parut jerawat juga dapat dirawat dengan daun pudina. Anda boleh amalkan dengan cara tumbuk beberapa helai daun pudina dengan bedak sejuk dan sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah pada setiap hari selama dua minggu. 


Daun pudina melancarkan haid

Pengambilan daun pudina dapat mengurangkan kejang pada otot pada bahagian peranakan. Ianya sekaligus membantu melancarkan haid wanita. 


Oleh itu, pastikan daun pudina disimpan dalam peti sejuk di setiap rumah kerana banyak manfaatnya untuk kesihatan dan kecantikan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan