Tip Elak Mata Berair Ketika Potong Bawang

Bawang adalah salah satu bahan utama yang menyedapkan masakan. Namun saat yang paling mencabar adalah ketika memotong bawang kerana tiba-tiba sahaja mata akan berair. Sebenarnya ada beberapa tip elak mata berair ketika potong bawang yang boleh dicuba.

Elak Mata Berair Ketika Potong Bawang
Tip Elak Mata Berair Ketika Potong Bawang
Foto kredit: mama365.gr

Jom cuba praktikkan tip elak mata berair ketika potong bawang seperti berikut:

Elak mata berair ketika potong bawang dengan peti sejuk

Simpan bawang di dalam peti sejuk selama 20-30 minit. Kemudian keluarkan dan boleh dipotong seperti biasa. Suhu sejuk ini akan mengurangkan enzim yang dihasilkan oleh bawang.


Elak mata berair ketika potong bawang dengan air

Potong bawang di dalam mangkuk berisi air. Cara ini dapat mengelak gas bawang daripada tersebar di udara. 


Elak mata berair ketika potong bawang dengan pisau

Letak sebiji bawang di hujung pisau. Potong bawang seperti biasa. 


Elak mata berair ketika potong bawang dengan cermin mata

Pakai cermin mata ketika memotong bawang. Cermin mata berfungsi sebagai pelindung.


Elak mata berair ketika potong bawang dengan cuka

Cuci bawang dalam cuka sebelum memotongnya. Ini dapat mengurangkan pedih mata dan bau bawang yang kuat. 


Elak mata berair ketika potong bawang dengan air garam

Rendam bawang di dalam air yang dicampur sedikit garam selama 5-10 minit. Potong bawang seperti biasa. 


Elak mata berair ketika potong bawang dengan pisau tajam

Gunakan pisau tajam untuk memotong bawang. Pisau tajam tidak akan memotong sel dalam bawang dan ini dapat mengurangkan pelepasan enzim.


Kini tiada lagi alasan untuk anda tidak memotong bawang di rumah. Selamat mencuba tip yang dikongsikan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan