Kulit Cantik dengan Jus Buah-buahan

Buah-buahan merupakan sumber nutrien yang kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral semulajadi yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Ianya murah dan mudah didapati berbanding dengan makanan tambahan yang telah diproses.

Kulit Cantik dengan Jus Buah-buahan
Foto keedit: myhealrhtips.in

Sebelum ini ada dikongsikan mengenai Langsing dengan Jus Buah-buahan di dalam artikel lalu. Pada kali ini dikongsikan dua jenis jus buah-buahan bagi mendapatkan kulit yang cantik seperti berikut:

Kulit cantik dengan jus oren+mangga+epal

Bahan-bahan jus oren+mangga+pear:
1 biji oren
1 biji mangga
1 biji pear


Cara membuat jus oren+mangga+pear: 

  1. Potong kesemua buah-buahan. 
  2. Masukkan buah-buahan ini ke dalam pengesktrak.
  3. Ekstrak jus buah-buahan ini dan minum segera.
* Nota: Boleh juga gabung buah anggur dengan lobak merah .

Kulit cantik dengan jus tomato+lobak merah+epal

Bahan-bahan jus tomato+lobak merah+epal:
1 biji tomato
1 biji lobak merah
1 biji epal


Cara membuat jus tomato+lobak merah+epal:

  1. Potong kesemua buah-buahan. 
  2. Masukkan buah-buahan ini ke dalam pengesktrak.
  3. Ekstrak jus buah-buahan ini dan minum segera.

* Nota: Boleh juga gabung buah tembikai susu dengan timun  atau avakado. 

Kini anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk mendapatkan kulit yang cantik dan mulus. Selamat mengamalkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan