Homemade Pil Manjakani

Manjakani mengandungi manfaat yang besar kepada luaran dan dalaman tubuh badan wanita. Ianya sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan serta untuk kegunaan harian. Buat sendiri pil manjakani lebih jimat dan selamat kerana menggunakan 100% manjakani tanpa campuran bahan lain.

Homemade Pil Manjakani
Homemade Pil Manjakani

Kali ini dikongsikan cara mudah untuk membuat sendiri pil manjakani seperti berikut:

  1. Jemur kering biji buah manjakani.
  2. Kisar biji manjakani menggunakan pengisar kering sehingga menjadi serbuk.
  3. Masukkan serbuk manjakani ke dalam kapsul.

Beberapa manfaat manjakani adalah seperti berikut:

Manjakani bermanfaat untuk wajah

Manjakani dapat menaikkan seri wajah, membuatkan kulit kelihatan berseri kemerahan dan menegangkan kulit muka. Ianya juga boleh dijadikan ubat untuk merawat jerawat. Campurkan serbuk manjakani dengan sedikit air. Sapukan pada wajah sebagai masker. 


Manjakani bermanfaat untuk vagina

Manjakani boleh merawat keputihan, menggebukan kulit vagina dan mengelak vagina berbau. Campurkan serbuk manjakani dengan sedikit air. Jadikan masker pada vagina anda. 


Manjakani bermanfaat untuk dalaman badan

Manjakani mampu merawat masalah angin dalam badan. Bagi wanita yang melahirkan anak secara ceaser boleh gunakan manjakani bagi merawat luka dalaman. Manjakani juga dapat mengempiskan perut. Makan manjakani yang telah dijadikan kapsul pada setiap hari. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan