Jus Buah-buahan untuk Tubuh Langsing

Pengambilan makanan tambahan untuk melangsingkan badan yang terdapat di pasaran pastinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi pada setiap bulan. Sebenarnya ada cara yang lebih mudah dan murah untuk langsing tanpa perlu korbankan banyak duit. Anda hanya memerlukan beberapa jenis buah-buahan dan pengekstrak buah sebagai modal.

Jus Buah-buahan untuk Tubuh Langsing
Jus Buah-buahan untuk Tubuh Langsing
Foto kredit:photo.elsoar.com
Buah-buahan mengandungi pelbagai manfaat untuk tubuh kita. Kali ini dikongsikan tiga jenis jus buah-buahan untuk melangsingkan tubuh seperti berikut:



Langsing dengan jus Nanas+Kiwi

Bahan-bahan Jus Nanas+Kiwi:

½ biji nanas (dikupas kulit dan dipotong kecil)
3 biji buah kiwi (dikupas kulit dan dipotong kecil)


Cara membuat Jus Nanas+Kiwi:
  1. Masukkan nanas dan kiwi ke dalam pengesktrak buah
  2. Sedia untuk diminum. 



Langsing dengan jus Oren+Lemon+Seleri:

Bahan-bahan Jus Oren+Lemon+Seleri:
1 biji oren  (dikupas kulit dan dipotong kecil)
1 biji lemon
Sedikit seleri


Cara membuat Jus Oren+Lemon+Seleri:
  1. Masukkan oren, lemon dan seleri ke dalam pengesktrak buah.
  2. Sedia untuk diminum. 


Langsing dengan jus Oren+Mangga+Epal hijau:

Bahan-bahan Jus Oren+Mangga+Epal hijaui:
1 biji oren  (dikupas kulit dan dipotong kecil)
1 biji mangga masak (dikupas kulit dan dipotong kecil)
1 biji epal hijau (dikupas kulit dan dipotong kecil)


Cara membuat Jus Oren+Mangga+Epal hijau:
  1. Masukkan oren, mangga dan epal ke dalam pengesktrak buah.
  2. Sedia untuk diminum. 


Sememangnya buah-buahan mengandungi pelbagai vitamin dan mineral serta fiber dan serat yang dapat membantu penyerapan nutrien. Ini sekaligus dapat membantu proses penghadaman dan melangsingkan tubuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...